• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

GSC Aurum Theatre sediakan pengalaman mewah menonton filem berharga RM150

  • OLEH Najib
  • 3:11 pm
  • 18/11/2019
  • Komen
GSC Aurum Theatre sediakan pengalaman mewah menonton filem berharga RM150
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda pengunjung setia panggung wayang, pasti anda sudah biasa mendengar Gold Class atau IMAX yang memberikan pengalaman menonton filem berbeza dari biasa. Gold Class misalnya, menyediakan sofa empuk yang boleh diratakan bawahnya agar dapat anda melunjur, serta selimut untuk memanaskan badan di dalam dewan yang sangat sejuk.

GSC Malaysia kini menawarkan satu kelas pengalaman luar biasa untuk menonton filem di dalam panggung wayang mereka. Ia dipanggil sebagai Aurum Theatre, menyediakan pengalaman mewah menonton filem seperti servis pembantu peribadi, makanan ala fine-dining, bar minuman tersendiri dan paling utama, tempat duduk yang sangat selesa untuk tidur.



Tempat duduk di dalam Aurum Theatre dipanggil suite, sebuah sofa sandar mewah yang boleh ditegakkan untuk duduk atau diratakan untuk baring. Ia diperbuat dari latex 100% dari jenama pembuat katil dan tilam terkenal, Getha. Setiap suite turut diberi bantal latex buatan Getha, selimut berbulu serta meja di sisi yang dilengkapi port USB untuk mengecas telefon bersama pad mengecas wayarles.

Pembelian tiket ke Aurum Theatre turut datang bersama Aurum Pass. Pas ini memberikan pilihan makanan ‘fine-dining‘ yang dimasak panas dan dihantar terus kepada pengguna di suite mereka. Jika mahu makanan dan minuman tambahan, tempahan boleh dibuat dari suite dan akan dihantar terus ke tempat duduk.



Buat masa ini, Aurum Theatre terdapat di GSC The Mall, Mid Valley Southkey, Johor Bahru. Harga untuk menikmati pengalaman mewah di dalamnya, menerusi laman web GSC menunjukkan harga RM150 seorang. Adakah ini boleh memenuhi keinginan anda untuk menonton filem terbaru secara mewah?

Antara perkara yang boleh difikirkan sebelum anda membeli tiket untuk suite di dalam Aurum Theatre ini ialah, adakah anda sedia untuk makan dan minum di atas sofa sandar mewah yang boleh diratakan? Bagaimana pula dengan bau makanan dan minuman dari orang sebelah?

Jika tiada masalah untuk anda, maka tidak salah untuk anda mencuba sendiri pengalaman mewah menonton di dewan terbaru GSC, Aurum Theatre. Dalam laporan Malay Mail, GSC menyatakan akan membuka Aurum Theatre di Kuala Lumpur, maka peminat filem di Kuala Lumpur dapat menikmatinya tidak lama lagi.

Mahukah anda mencubanya?

Sumber: GSC

Tags: Aurum TheatreGSC
Najib

Najib

POPULAR

GSC Aurum Theatre sediakan pengalaman mewah menonton filem berharga RM150

GSC Aurum Theatre sediakan pengalaman mewah menonton filem berharga RM150

18 November 2019
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

4 August 2026
Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

3 August 2026
Siri Google Pixel 11 bakal dilancar 12 Ogos: Bawa ciri lampu ‘Pixel Glow’ dan cip Tensor G6

Siri Google Pixel 11 bakal dilancar 12 Ogos: Bawa ciri lampu ‘Pixel Glow’ dan cip Tensor G6

31 July 2026
Pemanas air segera Rubine ini cuma 45mm tebal, rekod paling nipis di Malaysia

Pemanas air segera Rubine ini cuma 45mm tebal, rekod paling nipis di Malaysia

31 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN