• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Dua telefon baru Vivo ditemui telah menerima pengikitrafan SIRIM

  • OLEH Najib
  • 1:07 pm
  • 18/11/2019
  • Komen
Dua telefon baru Vivo ditemui telah menerima pengikitrafan SIRIM
Share on FacebookShare on Twitter

Vivo Malaysia hari ini telah berkongsi ketibaan model baru telefon pintar mereka ke Malaysia, dikenali sebagai Vivo S1 Pro. Ia menampilkan empat kamera belakang dalam modul empat segi yang berbeza dari biasa, dalam bentuk berlian.

Tetapi sebenarnya mungkin terdapat dua model baru Vivo yang akan datang di Malaysia sebelum berakhir tahun 2019. Dalam senarai pengiktirafan di SIRIM, terdapat dua model baru telefon pintar Vivo ditemui.



Dua model tersebut ialah Vivo 1920 dan Vivo 1919. Menurut Vivo Malaysia, model Vivo 1920 merujuk kepada Vivo S1 Pro yang telah mula diiklankan hari ini. Manakala model sebenar untuk Vivo 1919 masih lagi misteri.

Perkara ini mungkin boleh dirungkaikan menerusi satu status di Facebook Vivo Malaysia. Dalam status tersebut, Vivo membuat undian bertanya apakah model baru mereka yang akan dilancarkan. Tedapat dua pilihan pada undian tersebut iaitu S1 Pro dan S1 Max.



Jadi, pada pandangan kami, Vivo Malaysia sebenarnya akan melancarkan kedua-dua model tersebut. Hari ini, S1 Pro telah diumumkan manakala S1 Max mungkin akan dinyatakan tidak lama lagi.

Maklumat lanjut tentang S1 Pro boleh dirujuk menerusi Vivo Indonesia kerana mereka telah membuka tempahan awal S1 Pro di sana. Telefon pintar ini dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 665, RAM 8GB dan storan dalaman 128GB dan menerima kad mikroSD sehingga 256GB.

Skrinnya dari jenis Super AMOLED berukuran 6.38-inci, dengan takuk kecil di atas serta pengimbas capjari di dalam skrin. Bateri di dalamnya sebesar 4,500mAh dan ia menyokong pengecasan pantas Vivo Dual-Engine Fast Charging melalui sambungan USB-C.

Terdapat 4 kamera belakang pada S1 Pro iaitu kamera utama 48MP yang menggunakan sensor Samsung GM1, kamera ultra lebar, kamera makro dan kamera bokeh. Kamera hadapannya yang terletak di takuk kecil di atas skrin pula ialah 32MP.

Harga untuk Vivo S1 pro masih belum diumumkan di Indonesia, jadi kita masih belum dapat menganggarkan harga jualan di Malaysia. Tetapi ia pasti melebihi RM999 kerana itu adalah tanda harga untuk Vivo S1 yang telah lama dijual di Malaysia.

Untuk Vivo S1 Max pula, masih tiada maklumat tentangnya dapat kami temui. Dari namanya, ia mungkin merujuk kepada skrin lebih lebar atau kapasiti bateri lebih besar. Kita perlu tunggu pengumuman lanjut dari Vivo Malaysia kelak.

Tags: vivoVivo S1 MaxVivo S1 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Dua telefon baru Vivo ditemui telah menerima pengikitrafan SIRIM

Dua telefon baru Vivo ditemui telah menerima pengikitrafan SIRIM

18 November 2019
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RHB Bank jadi bank pertama di Malaysia sokong DuitNow Pay untuk pembayaran dalam talian dan berulang

RHB Bank jadi bank pertama di Malaysia sokong DuitNow Pay untuk pembayaran dalam talian dan berulang

12 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN