• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Klon iPad Pro Daripada Huawei Berharga Kurang RM2,000 Di China

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:32 am
  • 26/11/2019
  • Komen
Klon iPad Pro Daripada Huawei Berharga Kurang RM2,000 Di China
Share on FacebookShare on Twitter

Pergelutan antara Huawei dan negara A.S tak merencatkan pertumbuhan mereka di China. Mereka telah melancarkan sebuah tablet berspesifikasi flagship yang diberi nama Huawei MatePad Pro. Rupa fizikalnya saling tak tumpah seperti sebuah iPad Pro, daripada Smart Keyboard-nya hinggalah stailus.

Daripada segi spesfikasi, ia miliki kelengkapan asas yang hampir serupa boleh anda temui pada Mate 30 Pro. Ia diperkasa Kirin 990, RAM sehingga 8GB dan storan sehingga 256GB. Kelebihan tablet ini adalah bateri lebih besar, iaitu 7,250mAh dan masih menyokong pengecasan pantas 40W serta pengecasan reverse wireless 15W.



Di bahagian muka, ia diberikan panel sebesar 10.8″ pada resolusi 2560×1600 dengan nisbah 16:10. Miliki bingkai nipis dan setara di segenap sisi, ia turut berlubang di bahagian penjuru untuk tempatkan kamera selfie 8MP untuk melengkapkan kamera belakang 13MP di bahagian pengimejan.

Stailusnya dicas secara wayarles apabila dilekatkan di bahagian sisi tablet. Untuk perisian, ia hadir menjalankan Android 10 sejurus keluar kotak tanpa Google Mobile Services. Tapi ia bukanlah masalah kerana produk ini hanya boleh didapati di China setakat ini. Mula dijual pada 12 Disember 2019, ia berharga RMB 3,299 (RM1,961) keatas.



Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: Huaweihuawei matepadhuawei matepad pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Klon iPad Pro Daripada Huawei Berharga Kurang RM2,000 Di China

Klon iPad Pro Daripada Huawei Berharga Kurang RM2,000 Di China

26 November 2019
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN