• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Y9 Prime kini lebih murah RM100 dari harga asal

  • OLEH Najib
  • 3:49 pm
  • 29/11/2019
  • Komen
Huawei Y9 2019 digelar telefon mampu milik terbaik Huawei
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei Malaysia baru sahaja melancarkan telefon pintar Huawei Y9s minggu lepas. Ia dikuasakan pemproses Kirin 710F bersama RAM 6GB dan storan 128GB dijual dengan harga RM999 sahaja.

Jika anda mahukan sesuatu yang serupa dengan Y9s tetapi pada harga lebih murah, telefon pintar Huawei Y9 Prime adalah pilihan terbaik. Perbezaan keduanya ialah pada RAM dan kamera belakang sahaja dan kini Y9 Prime telah diturunkan harga lebih murah, menjadi RM799 sahaja.



Huawei Y9 Prime pertama kali diperkenalkan di Malaysia pada bulan Julai dan dijual pada harga RM899. Ia dilengkapi pemproses Kirin 710F, RAM 4GB dan storan dalaman 128GB. Skrinnya sebesar 6.59-inci dengan resolusi HD Penuh tetapi tiada takuk dan lubang.

Kamera hadapannya terletak di dalam modul pop up yang boleh disembunyikan. Kamera ini memiliki resolusi 16MP. Kamera belakang pula ada tiga iaitu kamera utama 16MP F1.8, kamera ultra lebar 8MP dan kamera pengesan kedalaman 2MP.



Bateri di dalam telefon ini sebesar 4,000mAh dan ia mengecas melalui port USB-C tetapi tiada sokongan pengecasan pantas. Jek audio 3.5mm juga masih dikekalkan di Huawei Y9 Prime.

Terdapat tiga warna ditawarkan untuk Y9 Prime 2019 di Malaysia iaitu Biru, Hijau dan Hitam. Ia kini boleh dibeli pada harga RM799 sahaja di Stor Experiences Huawei, Stor Rasmi Huawei dan Stor Online Huawei.

Manakala Huawei Y9s mula dijual di Malaysia hari ini pada harga RM999. Ia memiliki RAM 6GB dan storan 128GB serta kamera belakang 48MP. Huawei turut memberikan hadiah percuma berupa Honor Band 4 untuk pembelian Huawei Y9s, sementara stok masih ada.

Tags: HuaweiHuawei Y9 PrimeHuawei Y9s
Najib

Najib

POPULAR

Huawei Y9 2019 digelar telefon mampu milik terbaik Huawei

Huawei Y9 Prime kini lebih murah RM100 dari harga asal

29 November 2019
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN