• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo pilih Malaysia sebagai Pusat Hab Asia Pasifik

  • OLEH Najib
  • 12:30 pm
  • 17/12/2019
  • Komen
Oppo pilih Malaysia sebagai Pusat Hab Asia Pasifik
Share on FacebookShare on Twitter

Malaysia merupakan pasaran penting produk teknologi dan ini dibuktikan apabila Oppo memilih Malaysia sebagai Pusat Hab Asia Pasifik (APAC). Majlis pelancaran pusat ini telah diadakan di Kuala Lumpur dan dihadiri oleh lebih 300 operator telekomunikasi, rakan perniagaan dan media dari seluruh Asia Pasifik.

Majlis pelancaran ini turut membentangkan perancangan Oppo untuk pasaran APAC. Bertajuk “Connecting Tomorrow, Together“, Oppo mengajak semua pihak untuk menyertai mereka memacu era 5G yang akan datang. Dalam majlis yang sama, Oppo turut memperkenalkan beberapa produk baru seperti modem 5G Oppo 5G CPE T1, fon kepala wayarles Enco Free TWS dan banyak lagi.



Menuruti falsafah “Fikir Global, Bertindak Lokal“, Oppo berhasrat untuk membawakan sumber global terbaik syarikat mereka bagi memperkasa pembangunan pasaran tempatan. Oppo berusaha untuk mentransformasi secara strategik bagi berevolusi menjadi syarikat teknologi berasaskan penyelidikan dan pembangunan (R&D). Dalam tiga tahun akan datang, Oppo akan melabur lebih USD7 bilon dalam inisiatif R&D dan meneruskan fokus dalam membina teknologi terkini seperti 5G, 6G, Ai, AR dan Big Data serta membangunkan teras utama teknologi untuk perkakas dan perisian.

Alen Wu, Naib Presiden Oppo dan Presiden Jualan Global Oppo berkata, “Oppo telah menjadi lebih dari pengeluar telefon pintar. Ia sebenarnya menjadi perkakas untuk Oppo menghasilkan perkhidmatan teknologi yang pelbagai. Oppo akan terus meningkatkan kebolehan dalam perkakasan, perisian dan perkhidmatan, di samping meluaskan keberadaan dalam bidang IoT. Di masa depan, kami akan bekerjasama dengan pelanggan dan rakan niaga di seluruh dunia untuk membuka lebih banyak peluang.”



Alen Wu, Naib Presiden dan Presiden Jualan Global Oppo

Sebagai salah satu bahagian penting sokongan Oppo Global, mereka akan memberi lebih ruang dan fleksibiliti kepada operasi Pusat Hab APAC dengan menyokong pelbagai inisiatif seperti pengambilan pekerja tempatan, perkhidmatan sokongan operator, penyesuaian produk, penjenamaan bersama dan pemasaran bersama.

Di majlis pelancaran ini, Oppo mengumumkan kerjasama dengan 15 operator di APAC, memperluaskan lagi projek “Oppo 5G Landing”. Projek ini pertama kali dilancarkan di Barcelona pada Februari 2019 dengan kerjasama pelbagai operator antarabangsa di samping melancarkan telefon pintar Oppo Reno 10x Zoom 5G di Switzerland, United Kingdom, Itali dan Australia.

Modem Oppo 5G CPE T1

Oppo turut bekerjasaman dengan Qualcomm bagi mempersiapkan peranti mereka. Cip terbaru Qualcomm iaitu Snapdragon 865 akan digunakan dalam peranti flagship Oppo pada tahun 2020. Salah satu kerjasama ini turut menghasilkan modem Oppo 5G CPE T1 yang dikuasakan cip 5G Snapdragon X55.

Dalam majlis yang sama, Oppo dan Maxis turut memperlihatkan kerjasama mereka membangunkan rangkaian 5G dengan beberapa contoh penggunaan 5G.

Tags: oppoOppo Asia Pasifik
Najib

Najib

POPULAR

Oppo pilih Malaysia sebagai Pusat Hab Asia Pasifik

Oppo pilih Malaysia sebagai Pusat Hab Asia Pasifik

17 December 2019
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN