• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iPhone yang lebih murah dari iPhone 11 dijangka tiba seawal Mac 2020

  • OLEH Najib
  • 11:59 am
  • 23/01/2020
  • Komen
PANGGILAN AKHIR untuk program penukaran bateri iPhone
Share on FacebookShare on Twitter

Berita kemunculan telefon murah iPhone tahun ini semakin kuat diceritakan. Terbaru, Bloomberg melaporkan, sumber mereka menyatakan Apple telah meminta kilang pengeluar bersiap sedia untuk menghasilkan model iPhone yang baru.

Tiga syarikat pengeluar yang diperkatakan itu ialah Hon Hai Precision Industry, Pegatron Corp. dan Wistron Corp. Selain itu, pembuat cip Apple A13 Bionic iaitu TSMC, turut diminta untuk mempertingkatkan lagi pengeluaran cip tersebut.



iPhone baru ini dikhabarkan akan dilancarkan seawal bulan Mac 2020. Ia dikatakan adalah model iPhone yang lebih murah dari iPhone 11, dengan rupa hampir serupa dengan iPhone 8. Bermakna, ia tidak akan ada pengimbas wajah Face ID, sebaliknya menggunakan pengimbas capjari Touch ID.

Walaupun memiliki rupa iPhone 8, telefon ini akan memiliki kuasa iPhone 11 seperti cip Apple A13 Bionic. Pembocor berita @OnLeaks, lebih awal telah berkongsi gambaran iPhone 11.



Disebabkan ia menggunakan rupa iPhone 8 yang kecil, telefon baru ini juga akan kekal dengan 1 kamera di belakang. Ia mungkin menggunakan kamera 12MP yang sama seperti iPhone 11, bersama night mode serta penstabil rakaman video 4K. Bagi menjimatkan kos, di hadapan mungkin menggunakan kamera 7MP yang lama, tetapi jika ia menggunakan kamera 12MP, maka ia akan boleh merakam video 4K di hadapan.

Persoalan lain yang ditimbulkan ialah namanya. Telefon iPhone yang murah ini dikatakan menurut jejak langkah iPhone SE. Jadi ada ura-ura mengatakan ia adalah iPhone SE 2. Selain itu, disebabkan Apple melangkau iPhone 8 terus ke iPhone X, ia juga mungkin akan dinamakan sebagai iPhone 9.

Nama apakah yang ada rasa sesuai untuk telefon baru ini, iPhone SE 2 atau iPhone 9? Dengan iPhone yang murah ini, Apple dikatakan mahu meningkat penjualan telefon pintar mereka ke 200 juta unit tahun ini. Selain itu, peranti 5G pertama Apple diceritakan akan muncuk pada penghujung tahun ini.

Sumber: Bloomberg

Tags: appleiPhone 9iPhone SE 2
Najib

Najib

POPULAR

PANGGILAN AKHIR untuk program penukaran bateri iPhone

iPhone yang lebih murah dari iPhone 11 dijangka tiba seawal Mac 2020

23 January 2020
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN