• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Bekas Pemangku CEO TM, Imri Mokhtar meninggalkan TM bulan ini

  • OLEH Najib
  • 10:14 am
  • 30/01/2020
  • Komen
Bekas Pemangku CEO TM, Imri Mokhtar meninggalkan TM bulan ini
Share on FacebookShare on Twitter

Ketua Pegawai Operasi (COO) Telekom Malaysia (TM), Imri Mokhtar akan melepaskan jawatannya dan meninggalkan TM pada hujung bulan ini. Laporan dari NST menyatakan, perletakan jawatan Imri diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan TM, Dato’ Noor Kamarul dalam emel edaran dalaman.

Imri dilaporkan berhasrat meninggalkan TM berkuatkuasa 31 Januari 2020 untuk meneruskan kerjaya di tempat lain. CEO Kumpulan TM turut berterima kasih kepada Imri atas sumbangan beliau, terutama sekali sebagai Naib Presiden Eksekutif Unifi dan COO TM.



Imri memulakan kerjaya di TM pada tahun 1996 dan menyertai semula syarikat ini pada tahun 2005. Sebelum 2005, beliau bertugas di Astro sebagai Ketua Perniagaan TV Interaktif. Di TM, beliau memegang pelbagai jawatan, malah pernah dilantik sebagai pemangku CEO Kumpulan TM pada November 2018 selepas perletakan jawatan Datuk Bazlan Osman.

Datuk Bazlan (kiri) dan imri mokhtar (kanan)

Beliau kemudian dilantik sebagai Naib Presiden Eksekutif Unifi dan COO TM dan bertanggungjawab dalam perkhidmatan konvergen TM meliputi telefon, jalur lebar, mudah alih , TV dan WiFi. Imri juga menduduki kerusi Pengarah di Webe Digital Sdn Bhd, salah satu anak syarikat TM.



Sebelum ini, Kementerian Kewangan telah mengesyorkan nama Imri sebagai CEO TM. Tetapi Pengerusi TM, Rosli Man menangguhkannya kerana ada perancangan lain. Pada bulan Jun 2019, bekas Ketua Pegawai Teknologi Celcom, Dato’ Noor Kamarul dilantik secara rasmi sebagai CEO TM. TM beroperasi selama hampir setahun tanpa CEO tetap selepas pemergian Dato Sri Mohammed Shazalli Ramly pada Jun 2018.

Sumber: New Straits Times

Tags: Imri MokhtarTM
Najib

Najib

POPULAR

Bekas Pemangku CEO TM, Imri Mokhtar meninggalkan TM bulan ini

Bekas Pemangku CEO TM, Imri Mokhtar meninggalkan TM bulan ini

30 January 2020
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN