• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Acer Lancar Tiga Monitor Gaming Yang Ada Specs Tak Padan Dengan Harga

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:02 am
  • 10/02/2020
  • Komen
Acer Lancar Tiga Monitor Gaming Yang Ada Specs Tak Padan Dengan Harga
Share on FacebookShare on Twitter

Ada dua benda penting yang gamers sering perhatikan semasa mencari monitor gaming. Yang akan buatkan glongan ini terliur adalah kadar segar semula (refresh rate) dan satu lagi kadar gerak balas (response time). Jika anda lakukan carian online, rata-rata monitor yang miliki specs yang baik dalam dua bahagian ini mahal harganya. Kalau adapun, mereka gunakan panel TN yang penghasilan warnanya kurang memuaskan berbanding IPS.

Cari Acer di Lazada

Cari Acer di Shopee

Tapi di Acer, mereka ada dua monitor Nitro yang ada specs tinggi pada harga bermula RM699 sahaja iaitu Acer Nitro XV240YP dan XV270P. Mereka ada specs yang sama kecuali pada saiz paparan.



Acer Nitro XV

Ada tiga benda menarik tentang monitor ini. Yang pertama adalah Acer memaklumkan yang merkea akan menumpukan pada penghasilan monitor yang gunakan panel IPS saja untuk tahun 2020 dan ke atas. Jadi anda boleh jangkakan pengalaman gaming yang lebih baik daripada produk mereka. Yang kedua adalah mereka miliki refresh rate setinggi 165Hz serta response time serendah 0.1ms.

Acer Nitro XV

Untuk gamers, ia diterjemahkan pada screen tearing dan motion blur yang lebih minimum.



Menonton kandungan multimedia pada monitor ini juga dijangka baik dengan sokongan piawaian HDR10. Anda terima dua port HDMI dan satu port DisplayPort.

XV240YP (24” FHD) dijual pada harga RM699 manakala RM879 adalah tanda harga untuk XV270P (27” FHD).

Kalau anda perlukan monitor yang lebih tinggi kandungan piksel, Predator XB273U GS dijual pada harga RM2,199 jauh lebih murah daripada generasi sebelumnya sewaktu dilancarkan.

Acer Predator XB

Bezanya monitor ini dengan 2 ahli Nitro yang disebutkan tadi adalah pada resolusi. XB273U ada resolusi WQHD (2560 x 1440) dengan kecerahan panel yang lebih tinggi (350nits vs 250nits). Tapi, panel paparannya adalah 27” saja, sama besarnya dengan monitor Nitro XV270U.

Acer Predator XB

Anda terima bilangan port yang sama sepreti edisi Nitro tapi ada kelebihan pada monitor ini kerana ia menyokong G-SYNC dan piawaian DisplayHDR 400.

Untuk serlahkan ke-gaming-annya, ada lampu RGB yang boleh dinyalakan untuk serikan ruang gaming anda.

Tags: Aceracer nitro xvacer nitro xv240ypacer nitro xv270pacer predator xbacer predator xb273u gs
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Acer Lancar Tiga Monitor Gaming Yang Ada Specs Tak Padan Dengan Harga

Acer Lancar Tiga Monitor Gaming Yang Ada Specs Tak Padan Dengan Harga

10 February 2020
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER