• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy Buds+ Dikepilkan Bersama Tempahan Galaxy S20+ dan S20 Ultra Untuk Pasaran Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:28 am
  • 12/02/2020
  • Komen
Samsung Galaxy Buds+ Dikepilkan Bersama Tempahan Galaxy S20+ dan S20 Ultra Untuk Pasaran Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Malaysia adalah salah satu daripada pasaran utama Samsung. Tak hairanlah sejurus dilancarkan, iklan berkaitan tempahan awal keluarga Samsung Galaxy S20 telah mula timbul. Salah satunya adalah tentang tempahan untuk memiliki sebuah Samsung Galaxy S20+ dan S20 Ultra.

Menurut iklan tersebut, anda akan terima seunit Galaxy Buds+ yang bernilai RM599.



Selain harga rasmi Galaxy Buds+ di Malaysia, iklan tersebut turut mendedahkan satu lagi maklumat penting. Salah satunya adalah hanya S20 Ultra akan menyokong rangkaian 5G apabila dijual di Malaysia kelak.

Berbalik kepada Galaxy Buds+, jika anda perasan, ia dijual pada harga RM100 lebih mahal daripada Buds yang asal.



Sungguhpun tak datang dengan penyaring hingar aktif, ia kini mampu beroperasi lebih lama sehingga 11 jam lamanya dengan satu cas penuh. Itu pun belum mengambil kira tenaga yang terkandung dalam bekas penyimpanannya.

Kualiti audio juga mungkin ditambah baik hasil penggunaan speaker dinamik dua hala serta ada satu ciri baru yang menarik iaitu keuayaan melancarkan Spotify terus daripada Galaxy Buds+.

Tags: samsungSamsung Galaxy Budssamsung galaxy buds plus
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Samsung Galaxy Buds+ Dikepilkan Bersama Tempahan Galaxy S20+ dan S20 Ultra Untuk Pasaran Malaysia

Samsung Galaxy Buds+ Dikepilkan Bersama Tempahan Galaxy S20+ dan S20 Ultra Untuk Pasaran Malaysia

12 February 2020
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN