• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Selepas Subang Jaya dan Langkawi, TM meluaskan liputan 5G ke Menara TM

  • OLEH Najib
  • 6:24 pm
  • 20/02/2020
  • Komen
TM ada pengumuman nak beritahu esok, apakah dia?
Share on FacebookShare on Twitter

Telekom Malaysia (TM) hari ini mengumumkan telah meluaskan liputan 5G ke ibu pejabat mereka, Menara TM di Kuala lumpur. Ia merupakan langkah berterusan TM selepas melibatkan diri dalam Projek Deomnstrasi 5G (5GDP) anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Langkawi.

Selain di Langkawi dan Menara TM, TM juga telah melaksanakan ujian kes kegunaan 5G di Subang Jaya, Selangor. Ujian kes kegunaan ini dilaksanakan dengan kerjasama anak syarikat TM di cabang penyelesaian perniagaan dan sektor awamnya – TM ONE, serta cabang inovasi – TM R&D Sdn Bhd (TM R&D).



Dato’ Noor Kamarul Anuar Nuruddin

Mengulas tentang pencapaian ini, Dato’ Noor Kamarul Anuar Nuruddin, Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan, TM, berkata, “Selepas kami berjaya melaksanakan kes-kes gunaan 5G di Langkawi dan Subang Jaya baru-baru ini di bawah Projek Demonstrasi 5G (5GDP) kelolaan SKMM, saya amat teruja untuk memaklumkan bahawa bangunan ibu pejabat kami, Menara TM kini telah turut dilengkapi dengan rangkaian 5G. Inisiatif ini membuktikan komitmen kami dalam melaksanakan rangkaian teras 5G bersepadu secara progresif ke arah memacu penyediaan perkhidmatan 5G di seluruh negara demi manfaat negara dan seluruh rakyat Malaysia. Fokus kami pada tahun ini untuk menjadi sedia-5G agar bersesuaian dengan meningkatnya sambungan mudah alih, IoT, perkhidmatan awan, dan peranti pintar. Sebelum spektrum mula tersedia pada akhir tahun ini, kami sedang bersiap sedia menjalankan ujian 5G secara langsung sepenuhnya menerusi 5GDP di samping terus menaik taraf rangkaian teras kami. Sebagai penyedia rangkaian infrastruktur nasional untuk aspirasi Negara Digital, kami telah mewujudkan tunjang komunikasi negara dengan sambungan dan rangkaian bersepadu terluas. Kami juga akan terus membina asas kepada Revolusi Perindustrian 4.0 dan pelaksanaan 5G di seluruh negara – memberi perkhidmatan kepada masyarakat dan gaya hidup yang lebih digital, perniagaan dan vertikal industri digital, serta Kerajaan digital ke arah mempertingkatkan kualiti hidup Rakyat.”

Menerusi ujian bersama 5GDP, TM telah berjaya mencatat beberapa pencapaian. Antaranya menjadi syarikat telekomunikasi pertama di dunia yang melaksanakan band 5G 700 MHz dan C-Band (3.5 GHz) menerusi rangkaian 5G Kendiri (Standalone – SA) khusus secara serentak.



TM juga telah mewujudkan Pusat Kawalan 5G (5GCC) di Langkawi, melaksanakan Rangkaian Teras 5G (5G Core Network – 5GC), 700MHz dan Rangkaian 5G SA 3.5 GHz khusus dan Rangkaian Akses Radio (RAN) berpusat 5G. Ujian ini juga berjaya mencatatkan kelajuan muat turun sepantas 1.5Gbps yang dijalankan di tapak-tapak kes gunaan 5Gnya.

Awal tahun ini, SKMM telah mengumumkan peruntukan spektrum 5G di Malaysia, di mana Malaysia akan menggunakan jalur 700MHz, 3,500MHz (3.5GHz), 26,000MHz (26GHz) dan 28,000GHz (28GHz). 5G dijangka akan mula digunakan secara komersial bermula suku ketiga 2020, selepas proses peruntukan spektrum diselesaikan.

Tags: 5gTM
Najib

Najib

POPULAR

TM ada pengumuman nak beritahu esok, apakah dia?

Selepas Subang Jaya dan Langkawi, TM meluaskan liputan 5G ke Menara TM

20 February 2020
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER