Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Samsung Malaysia
Pemasaran viral ini berjaya lonjakkan siri A naik ke awan sejak kebelakangan ini. Digandingkan pula dengan tanda harga bermula RM1,299 berserta spesifikasi yang menarik, sukar untuk mencari alternatif kepada A51 mahupun A71.
“Awesome Screen, Awesome Camera, Long-lasting Battery Life!”. Anda tentu sudah hafal benar tiga ciri unik yang ditonjolkan Samsung dalam setiap siri A tahun 2020 ini. Tapi tahukah anda yang ada banyak lagi benda menarik tentang siri A perlu anda tahu.
Galaxy A Untuk Golongan “Senior”
Sejurus keluar kotak, A71 menjalankan sistem operasi One UI 2.0 berasaskan Android 10. Ia adalah kerangka Android yang terkini jadi, anda tak perlu ternanti-nantikan kemas kini yang akan datang.
Berhijrah daripada TouchWIZ, Samsung Experience dan kini One UI, antara muka (UI) yang ditampilkan pada telefon Samsung kini sangat mesra pengguna.
Font yang digunakan besar dan mudah dibaca di samping konteas warna yang tinggi menyumbang pada keselesaan semasa mengguna tanpa anda sedari.
Paling dipuji dalam One UI anda boleh jangkakan pengalaman sifar bloatware tak seperti UI jenama lain. Lebih menjengkelkan ada sesetengah pengeluar telefon memasukkan iklan dalam sistem oeprasi mereka walaupun anda sudah bayar ribuan ringgit membeli produk mereka.
Sekiranya anda pengguna yang lebih berusia yang alami kesukaran untuk baca tulisan yang kecil, di bahagian Setting ada Easy Mode yang boleh diaktifkan. Apabila aktif, ikon dan teks akan jadi lebih besar.
Lebih menarik, papan kekunci kini ada warna yang kontras untuk mudahkan abjad dikenal pasti.
Sukakan telefon yang berwarna warni? Muat turun saja pelbagai Theme percuma mahupun berbayar untuk jadikan telefon nampak segar
Galaxy A Untuk Gamers
Paparan 6.7” Super AMOLED beresolusi HD Penuh memang anda sedia tahu pada kedua-dua Galaxy A71 dan A51. Para gamers tentu sekali suakkan papaparan yang besar, beresolusi tinggi, serta mampu hasilkan gambar cantik semasa bermain game.
Tapi tahukah anda yang pengalaman bermain turut akan ditambah baik dengan kehadiran Game Booster?
Telefon pintar zaman ini adalah alat dengan seribu satu kegunaan. Jadi sudah tentu banyak aplikasi yang sedang berjalan di bahagian latar dalam satu-satu masa. Tugas Game Booster adalah mengawal selia sistem pengkomputeran seperti RAM untuk mengoptimumkan penggunaannya semasa bermain.
Ia juga akan menghalang notifikasi panggilan masuk, mesej, dan sebagainya daripada mengganggu anda bermain. Lebih menarik, ada fungsi pop-up panel boleh digunakan untuk anda jalankan APP berkaitan tanpa perlu keluar daripada permainan.
Jangan pula anda lupa tentang kehadiran jek audio 3.5mm di bahagian bawah telefon. Ia dilengkapi sistem bunyi Dolby Atmos yang mampu melakukan upscale terhadap sumber audio untuk jadikannya lebih enak didengar.
Galaxy A Untuk Pengguna Kasual
Jika sesuai untuk Gamers, maka sesuailah juga untuk pengguna kasual. Snapdragon 730 yang menjadi “enjin” telefon ini adalah SoC berkelas premium yang mampu mendukung tugasan seharian tanpa masalah.
Kedua-dua Galaxy A71 dan A51 ada storan dalaman 128GB yang dirasakan lebih daripada cukup untuk kegunaan seharian.
Tapi, tahukah anda yang telefon Samsung adalah antara pengeluar telefon terakhir yang masih tekal berikan slot mikro-SD kepada pengguna mereka merentasi kelas? Tak kiralah telefon paling murah hinggalah ke flagship Galaxy S20 sekalipun, anda boleh luaskan storan anda tanpa masalah.
Jadi, jangan risau kehabisan storan untuk simpan gambar yang diambil menggunakan satu daripada 4 kamera belakang ataupun kamera selfie anda.
Bateri gergasi 4,500mAh pada Galaxy A71 pastinya mampu bertahan seharian dan jika perlu ditambah, pengecasan pantas sehingga 25W.
Dapatkan Seunit Galaxy A51 & A71
Di Malaysia, Galaxy A51 dijual pada harga RM1,299 manakala manakala Galaxy A71 dijual pada harga RM1,799.