• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme 6 Diumum Dan Bakal Beri Saingan Sengit Pada Redmi Note 8 Pro

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:40 am
  • 06/03/2020
  • Komen
Realme 6 Diumum Dan Bakal Beri Saingan Sengit Pada Redmi Note 8 Pro
Share on FacebookShare on Twitter

Realme terus menggugat Xiaomi dalam segmen pertengahan apabila mengumukan Realme 6 Pro dan Realme 6 di India pada harga yang sangat kompetetif. Di India, keluarga Realme 6 hadir dalam 6 varian dan harganya adalah seperti yang berikut:

  • Realme 6 – 4GB + 64GB – INR12,999 (RM739)
  • Realme 6 – 6GB + 128GB – INR14,999 (RM852)
  • Realme 6 – 8GB + 128GB – INR15,999 (RM909)
  • Realme 6 Pro – 6GB + 64GB – INR16,999 (RM966)
  • Realme 6 Pro – 6GB + 128GB – INR17,999 (RM1,027)
  • Realme 6 Pro – 8GB + 128GB – INR18,999 (RM1,080)

Reale 6 Pro

Realme 6 Pro kali ini menampilkan kelainan pada segi rekaannya. Kalau anda perhatikan pada bahagian muka telefon ini, ada lubang dibahagian penjuru kiri untuk tempatkan dua kamera selfie, satu bersudut pandang biasa (16MP) dan satu lagi bersudut pandang lebar (8MP).



Kemasan belakang juga agak menarik. Berkemungkinan besar menggunakan materi plastik, pantulan cahayanya unik berbentuk seperti petir.

Kelihatan juga kuadkamera belakang sama seperti kebanyakan ahli Realme yang lain. Untuk kamera, ia ada kamera 64MP, 12MP (telefoto), 8MP (ultralebar), dan 2MP (makro).



Paparan Realme 6 Pro kali ini lebih besar berbanding Realme 5 Pro (6.6” vs 6.3”). Lebih menarik, sungguhpun ada resolushi FHD+. Telefon ini adalah yang pertama Realme dengan paparan 90Hz yang tentunya menarik minat para gamers di luar sana.

Atas papan utama, varian Pro diperkasa Snapdragon 720G dengan RAM sehingga 8GB (LPDDR4x) dan storan sehingga 128GB (UFS 2.1). Pada bahagian bateri, telefon ini dibekalkan dengan tangki sebesar 4,300mAh yang boleh dicas pantas melalui pengecas 30W.

Realme 6

Saudara lebih kecil ini, Realme 6, dia ada specs seakan sebuah Redmi Note 8 Pro. Bahagian yang sama adalah dia gunakan SoC Helip G90T. Bahagian mungkin sama iaitu kuadkamera (64MP+8MP+2MP+2MP).

Tapi Realme 6 ada kelebihan sebab paparannya tiada notch sebaliknya paparan berlubang untuk tempatkan kamera selfie 16MP. Lagi kelebihan pada paparan, ia gunakan paparan 90Hz beresolusi FHD+ tapi sedikit kecil berbanding Realme 6 Pro (6.7” vs 6.5”).

Atas papan utama, selain SoC G90T, ia dibekalkan RAM sehingga 8GB dan storan sehingga 128GB. Bagusnya Realme 6 berbanding Redmi Note 8 Pro adalah ia hadir dengan trislot (2 SIM + 1 mikro-SD).

Apa pendapat anda dengan juadah Realme kali ini?

Tags: RealmeRealme 6Realme 6 Pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Realme 6 Diumum Dan Bakal Beri Saingan Sengit Pada Redmi Note 8 Pro

Realme 6 Diumum Dan Bakal Beri Saingan Sengit Pada Redmi Note 8 Pro

6 March 2020
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Penduduk Johor boleh jimat bil air RM10.50/bulan dengan pelan Jalur Lebar Yes 5G

Penduduk Johor boleh jimat bil air RM10.50/bulan dengan pelan Jalur Lebar Yes 5G

3 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN