• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Penaja

Ada apa dengan kamera 108MP Samsung Galaxy S20 Ultra?

  • OLEH Penaja
  • 5:47 pm
  • 16/03/2020
  • Komen
Ada apa dengan kamera 108MP Samsung Galaxy S20 Ultra?
Share on FacebookShare on Twitter

Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Samsung Malaysia.

Samsung Galaxy S20 Ultra ialah telefon terkini dan tercanggih dalam kelasnya. Telefon berkelas flagship ini ada segala-gala yang premium padanya. Ia ada paparan cantik ber-refresh rate yang tinggi, cip Exynos 990 yang menyokong rangkaian 5G, bateri paling besar dalam Galaxy S setakat ini, dan sebagainya.



Salah satu ciri unik Galaxy S20 Ultra ialah di bahagian kamera belakang telefon ini, anda boleh temui salah satu daripada kameranya menggunakan sensor 108MP. Kalau itu masih tak mengagumkan anda, 108MP ialah yang paling tinggi setakat ini dalam telefon pintar.

Sudah tentu ada sebab mengapa Samsung memateri sensor sebegini pada telefon mereka.



Manfaat kamera 108MP

1. Imej lebih tajam

Samsung tidak memperincikan model sensor yang digunakan. Tapi, satu-satunya sensor 108MP yang mereka keluarkan ialah model S5KHMX.

Di atas permukaan sensor ini terdapat 108 juta bintil piksel yang tugasnya memungut foton cahaya. Jutaan piksel ini menyumbang kepada gambar yang miliki perincian yang lebih tinggi.

Dalam keadaan yang serupa, kamera yang ada bilangan piksel tinggi atas sensor kamera, akan hasilkan gambar yang lebih tajam.

Contohnya, gambar di bawah diambil dariapda sudut yang sama tapi satu resolusi 108MP dan satu lagi 12MP. Apabila di-zoom masuk secara digital, anda akan dapati yang gambar 108MP ada butiran lebih tinggi.

12MP
108MP

2. Boleh crop tanpa kehilangan butiran

Ada 108 juta pemungut cahaya memberikan kamera S20 Ultra keversatilan yang tinggi. Sebagai perbandingan, di Galaxy S10+ terdahulu, kamera utamanya ada 12MP.

Hal ini bermakna, dalam sekeping gambar 108MP S20 Ultra anda boleh potong gambar tersebut sebanyak 9 keping yang setiap satunya ada resolusi seperti Galaxy S10+ dan itulah yang dinamakan crop.

Dengan gambar beresolusi tinggi, anda boleh mengezum masuk secara fizikal tanpa perlu risau kehilangan butiran penting gambar.

Misalnya, gambar di bawah ini diambil dari balkoni. Subjek saya ialah dua banggunan yang berada di bahagian tengah gambar ini.

Tapi ada sedikit bangunan yang lebih hampir serta kren dari kawasan pembinaan memasuki framing saya.

Tapi saya tiada maslaah untuk membuangnya sebab kanvas saya seluas 108MP. Kalau saya zum masuk sedikit, saya masih ada cukup piksel untuk kekalkan kualiti gambar.

Gambar di atas saya crop-kan pada saiz 12MP, saiz gambar yang serupa daripada lensa Galaxy S10+ dulu.

3. Boleh cetak atas medium fizikal yang besar

Kalau anda ingin mencetak gambar digital anda atas medium fizikal, antara rukun yang sering dipegang mereka yang berkecimpung dalam dunia pencetakan ialah, untuk bahan fizikal seperti brosur yang dipegang dalam tangan, cetakan perlu dilakukan pada resolusi 300dpi (titik per inci).

Kalau kurang daripada itu, hasil cetakan akan jadi pixelated dan tak cantik.

3 piksel per unit
12 piksel per unit

Untuk sekeping gambar daripada kamera 12MP, ia boleh dicetak atas medium sebesar 33cm x 25cm tanpa kehilangan butiran. Untuk 108MP, anda boleh hasilkan brosur sebesar 1 meter tanpa masalah.

Walaupun kedengaran macam satu fungsi yang picis, tapi anda tahu ia mampu lakukannya.

108MP ada keburukannya

Sensor beresolusi tinggi sangat cekap fungsinya jika ada cahaya yang cukup. Lain ceritanya jika ia berada dalam keadaan kurang cahaya. Mereka terpaksa berebut untuk memungut foton disebabkan sumber cahaya yang terhad.

Disebabkan kurang cahaya, sistem kamera terpaksa mengagak apakah warna yang sepatutnya diberikan pada piksel tersebut. Hasilnya, tahap hingar pada gambar menjadi tinggi.

Bawah persekitaran terhad cahayanya, bukan bilangan piksel yang jadi penentu, sebaliknya saiz piksel.

Mujurlah Samsung ada penyelesaiannya iaitu teknologi nonacell.

Dalam kes Galaxy S20 Ultra, 9 piksel atas sensor 108MP ini akan digabungkan menjadi satu piksel yang besar. Asalnya, satu bintil piksel sebesar 0.8 mikron apabila dilakurkan akan jadi 2.4mikron ataupun 3 kali lebih besar.

Sampel gambar 108MP
Sampel gambar menggunakan mode malam khas

Walaupun dah tak boleh dapat gambar 108MP sebaliknya cuma terhad kepada 12MP, tapi anda dapat gambar yang cerah pada waktu malam.

Berbaloi bukan?

Berminat Untuk Dapatkan Seunit Samsung Galaxy S20 Ultra?

Harga jualan Galaxy S20 di Malaysia adalah seperti berikut:

  1. Galaxy S20 (RAM 8GB + Storan 128GB, LTE) – RM3,599
  2. Galaxy S20+ (RAM 8GB + Storan 128GB, LTE) – RM3,999
  3. Galaxy S20 Ultra (RAM 12GB + Storan 128GB, 5G) – RM4,999

Layari laman rasmi Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut.

Tags: penajasamsungsamsung galaxySamsung Galaxy S20Samsung Galaxy S20 Ultra
Penaja

Penaja

POPULAR

Ada apa dengan kamera 108MP Samsung Galaxy S20 Ultra?

Ada apa dengan kamera 108MP Samsung Galaxy S20 Ultra?

16 March 2020
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Siri Poco X8 Pro dilancar 17 Mac dengan cip Dimensity 8500 Ultra dan Dimensity 9500s

Siri Poco X8 Pro dilancar 17 Mac dengan cip Dimensity 8500 Ultra dan Dimensity 9500s

10 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN