• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Bayar guna Boost di Samsung Pay hanya dengan kod QR sahaja?

  • OLEH Ghazali Alias
  • 1:27 pm
  • 16/03/2020
  • Komen
2x ganda mata ganjaran Samsung Pay selama 3 hari sahaja
Share on FacebookShare on Twitter

Boost berkemungkinan menjadi perkhidmatan dompet digital (e-wallet) pertama yang disokong oleh aplikasi pembayaran digital, Samsung Pay di Malaysia. Perkara ini dikesan oleh pengguna Samsung S20 yang melihat paparan peranti Samsung dengan gambar kad Boost semasa membuka aplikasi Samsung Pay.

Buat masa ini, belum ada kenyataan yang pasti tentang bagaimana kerjasama Boost dan Samsung Pay ini akan dipraktiskan. Namun, menerusi muat naik di akaun Twitter, Samsung Malaysia memberikan pembayang bahawa Boost di Samsung Pay bakal menggunakan kod QR sebagai medium pembayaran.



Setakat ini, Samsung Pay menyokong pembayaran kad maya dengan sambungan ke akaun debit atau kad kredit kebanyakan bank di Malaysia. Boost pula mempunyai kerjasama dengan Union Pay yang membolehkan pengguna melakukan pembayaran dari akaun e-wallet Boost dengan medium kod QR Union Pay.

Setakat yang kita tahu, Boost di Samsung Pay akan menggunakan medium kod QR untuk transaksi. Namun, Samsung Pay turut menyokong sistem pembayaran menggunakan Near Field Communication (NFC) dan Magnetic Secure Transmission (MST) . Belum ada kepastian lagi bahawa kedua-dua sistem pembayaran berkenaan bakal digunakan oleh Boost di Samsung Pay.



Bagaimanapun, dengan kerjasama Boost dan Samsung Pay, ada banyak manfaat yang boleh pengguna jangkakan. Salah satunya adalah pengguna Boost boleh menggunakan Samsung Pay untuk membuat pembayaran kemudian Samsung Pay mendapat akses kepada ribuan pengguna Boost di luar sana.

Seperti kita tahu, Samsung Pay dan Boost masing-masing memberikan mata ganjaran yang boleh digunakan untuk penggunanya. Jadi, dengan kerjasama ini sudah tentu lebih tinggi peluang anda untuk mendapatkan ganjaran.

Sumber: Ringgit Plus

Tags: BoosteWalletqrpaysamsungsamsung pay
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

2x ganda mata ganjaran Samsung Pay selama 3 hari sahaja

Bayar guna Boost di Samsung Pay hanya dengan kod QR sahaja?

16 March 2020
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

8 April 2026
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Vivo V70 FE Malaysia: Telefon bawah RM2,000 dengan bateri 7,000mAh dan kamera 200MP

Vivo V70 FE Malaysia: Telefon bawah RM2,000 dengan bateri 7,000mAh dan kamera 200MP

10 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN