• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

COVID-19: Pusat Sains dan Planetarium Negara ditutup bagi elak penularan wabak COVID-19

  • OLEH Ghazali Alias
  • 6:04 pm
  • 16/03/2020
  • Komen
COVID-19: Pusat Sains dan Planetarium Negara ditutup bagi elak penularan wabak COVID-19
Share on FacebookShare on Twitter

Operasi Pusat Sains Negara (PSN) dan Planetarium Negara (PN) ditutup sementara sehingga sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Hal ini disahkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam satu kenyataan pada 16 Mac 2020.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, turut berkongsi maklumat berkenaan menerusi akaun laman sosial Twitter rasmi beliau.



Pusat Sains Negara & Planetarium Negara ditutup sehingga keadaan mengizinkan. Pasti ramai para pelajar ingin mengunjung pada minggu cuti sekolah. Namun kesihatan rakyat wajar didahulukan. pic.twitter.com/12NEKowPD5

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) March 16, 2020

Menurut kenyataan daripada pihak MOSTI, tindakan tersebut dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga bagi membendung penularan wabak Covid-19 terutama dalam musim cuti sekolah ketika ini. Penutupan PSN dan PN kepada orang ramai telah bermula sejak awal pagi tadi.

“Semua warga MOSTI termasuk PSN dan PN diingatkan agar mematuhi sepenuhnya  prosedur operasi standard (SOP) pengawalan penularan jangkitan Covid-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).”



“MOSTI mengambil berat berhubung penularan Covid-19 dan bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam mendepani wabak tersebut,” katanya.

Sementara itu, Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Pahang juga ditutup untuk lawatan orang awam bermula 16 Mac 2020 sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Perkara berkenaan disahkan oleh Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia menerusi satu muat naik status di laman Facebooknya pada 15 Mac 2020.

Dinasihatkan supaya orang ramai lebih peka terhadap penjagaan kesihatan dalam musim wabak Covid-19 khususnya buat anak-anak dalam musim cuti sekolah ini.

Setakat ini, Malaysia telah menjadi negara dengan rekod jangkitan baharu Covid-19 tertinggi di Asia Tenggara selepas mencatatkan 428 kes, dengan sembilan kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Sumber: Berita Harian, Malaysia Gazette

Tags: COVID-19planetariumpusat sains negara
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
COVID-19: Pusat Sains dan Planetarium Negara ditutup bagi elak penularan wabak COVID-19

COVID-19: Pusat Sains dan Planetarium Negara ditutup bagi elak penularan wabak COVID-19

16 March 2020
Tinggal puasa & belum bayar fidyah? Ini cara lunaskannya secara online mengikut negeri

Tinggal puasa & belum bayar fidyah? Ini cara lunaskannya secara online mengikut negeri

15 March 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER