• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ada Apa Dengan Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:55 pm
  • 17/03/2020
  • Komen
Ada Apa Dengan Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19?
Share on FacebookShare on Twitter

Satu sejarah telah terlakar dalam lembaran Malaysia. Perdana Menteri Malaysia, pada 16 Mac 2020, mengumumkan Printah Kawalan Pergerakan untuk seluruh negara Malaysia bagi mengekang penularan COVID-19. Setakat pengumuman tersebut, negara kita sudah ada 553 kes positif dan sifar kematian.

COVID-19: Malaysia Kenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bermula 18 Mac 2020

Di bawah perintah tersebut, kerjaan telah menggariskan beberapa kawalan yang akan dikuatkuasakan bermula 18 Mac 2020 dan berlanjutan sepanjang bulan tersebut.



  1. Larangan menyeluruh pergerakkan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup kecuali pasar raya, pasar awam, kedai runcit and kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.
  2. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara.
  3. Sekatan kemasukkan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.
  4. Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta.
  5. Penutupan semua institusi pendidikan tinggi, awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara.
  6. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali uang terlibat dalam perkhidmatan penting negara (essential services).
A screenshot of a cell phone

Description automatically generated

Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengingatkan kepada rakyat Malaysia yang ini bukanlah “perintah berkurung”, “lockdown”, ataupun apa-apa jenis istilah yang boleh menimbulkan rasa takut dalam kalangan kita.

A screenshot of a cell phone

Description automatically generated
MKN mengingatkan bahawa ini bukanlah perintah berkurung

Perintah berkurung atau lockdown sebenarnya lebih “hardcore” daripada ini. Contoh terdekat dalam negara ialah perintah berkurung semasa 13 Mei 1969.



Beberapa hari selepas Pilihan Raya Umum 1969, ketegangan kaum terjadi, ratusan nyawa melayang. Untuk mengurangkan ketegangan, Perintah Berkurung 24 jam diumumkan pada petang 13 Mei 1969.

A close up of a newspaper

Description automatically generated
Sumber

Tak sekadar perintah berkurung, arahan untuk tembak sampai mati jug adikeluarkan oleh Ketua Polis Pada Waktu Itu, Allayarham Tun Muhamed Salleh bin Ismael.

A person posing for the camera

Description automatically generated
Ketua Polis Negara ketika itu

Arahan sama turut dikeluarkan oleh Panglima Angkatan Tentera ketika itu, Tunku Tan Sri Osman.

A person posing for the camera

Description automatically generated
Panglima Angkatan Tentera ketika itu.

Lebih menggerunkan, perintah berkurung itu berlanjutan sehingga hujung Mei 1969 tapi tempoh kuat kuasanya dilonggarkan antara 3 petang hingga 6 pagi.

Maka, ternyata Perintah Kawalan Pergerakan yang dicetuskan kerajaan untuk mengekang COVID-19 tidaklah seekstrim seperti yang digembargemburkan. Kerajaan cuma ingin memastikan amalan pejarakkan sosial dipraktikkan oleh semua orang.

A screenshot of a cell phone

Description automatically generated
Takrifan istilah Social Distancing oleh KKM – sumber

Kalau masih ragu-ragu, negara lain juga mengambil langkah yang hampir serupa.

Apa Cerita Di Negara Lain?

Australia

Kerajaan Australia telah isytiharkan darurat untuk wilayah Victoria dan Australian Capital Terretory (ACT) pada 16 Mac 2020. Ia berikutan 5 kematian dicatatkan berpunca daripada COVID-19.

Perintah darurat di Victoria berkuat kuasa selama empat minggu manakala untuk ACT pula selama satu minggu.

Buat seluruh negara, kerjaan telah mengharamkan perhimpunan sosial yang melebihi 500 orang tidak termasuk pengangkutan awam, sekolah, dan tempat kerja.

Walau bagaimanapun, banyak majikan yang meminta stafnya bekerja dari rumah dan ada antara universiti yang menghentikan operasi.

sumber

China

Presiden Xi Jinping melawat Wuhan pada 10 Mac 2020. Wuhan yang berada dalam daerah Hubei adalah pusat gembar kepada tersebarnya COVID-19. Ia menyebabkan seluruh kota Wuhan diletakkan bawah lockdown sejak Januari 2020.

Setakat 10 Mac 2020, China mengumumkan tiada kes baharu dilaporkan di luar wilayah Hubei untuk tiga tahu berturut-turut. COVID-19 dilaporkan telah menelan 4,600 nyawa dan menjangkiti 126 ribu penduduk China.

Indonesia

Presiden Joko Widodo berkata pada 16 Mac 2020 yang negaranya masih belum mengkaji kebarangkalian mengambil apa-apa langkah sekatan untuk mengekang kemaraan COVID-19.

Ia walaupun salah seorang menterinya disahkan positif COVID-19 selepas menghadiri mesyuarat kabinet bersama Presiden beberapa hari lalu.

Negara yang ada penduduk ke-4 paling ramai itu mengesahkan 134 kes positif dengan 5 kematian. Walau bagaimanapun, Jakarta dan beberapa daerah lain sudahpun mengumumkan akan menutup sekolah dan pejabat pada minggu depan.

sumber

Italy

Perdana Menteri Giuseppe Contte meluaskan kawalan pergerakan ke seluruh negara pada 10 Mac 2020. Arahan dikeluarkan selepas Itali mencatatkan peningkatan kematian akibat COVID-19 daripada 366 kepada 463 pada 9 Mac 2020.

Antara arahan yang terkandung ialah rakyatnya perlu berada di rumah. Pergerakan hanya dibenarkan untuk pergi kerja ataupun melawat ahli keluarga, jika diperlukan.

Individu yang keluar dan masuk Itali menggunakan laluan udara perlu menyatakan sebab perjalanan mereka dan semua stesen kereta api seluruh negara akan ada titik pemeriksaan.

sumber

Israel

Perdana Menteri Benjami Nentahyu mengumumkan penutupan sekolah dan universiti pada 12 Mac 2020 dan menyekat kemasukan individu bukan warganegara Israel sekiranya gagal membuktikan mereka telah lakukan self-quarantine selama 14 hari.

Setakat ini, tiada apa-apa penutupan perkhidmatan penting di negara tersebut dan masih belum ada apa-apa perintah kawalan pergerakan seperti di Malaysia.

Di Israel, setakat 16 Mac 2020, sudah ada 298 individu yang diuji positif COVID-19 dengan 1 per 4 daripadanya tidak menunjukkan sebarang simptom.

sumber

Tags: CoronavirusCOVID-19covid19malaysia
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Ada Apa Dengan Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19?

Ada Apa Dengan Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19?

17 March 2020
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER