• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

COVID-19: “Panic Buying” lebih membazir masa, tenaga dan wang ringgit dan merugikan negara

  • OLEH Najib
  • 7:29 pm
  • 17/03/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Perdana Menteri Malaysia malam tadi telah mengumumkan kerajaan Malaysia memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, bermula dari hari Rabu, 18 Mac hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara. Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Sejak semalam, beberapa pasaraya terutama di Lembah Klang menyaksikan peningkatan pengunjung yang mendadak. Kesemua mereka didapti diserang wabak “Panic Buying“. Gejala ini sering menyerang manusia apabila diberitahu mereka mungkin tidak boleh keluar dari rumah dan merasakan perlu menyimpan stok keperluan harian yang banyak.



Night before #MalaysiaLockdown pic.twitter.com/HBqO8IA5cA

— Scones ☁️ (@nur_hassanah_) March 16, 2020

People in KL are stocking up on supplies. Canned foods, water, and medicines. We’re this close 👌 to the Walking Dead! #covid19 #MalaysiaLockDown #pray4Malaysia pic.twitter.com/UT8rbcZjg6

— asla (@wehhAR) March 16, 2020

#Malaysialockdown buy necessary things only pic.twitter.com/btfBLN5pcI

— JccA (@jccabong) March 17, 2020

Things took a serious turn in a Sydney Woolworths today, all over a trolley full of toilet paper. pic.twitter.com/v8lGlFPYt6

— news.com.au (@newscomauHQ) March 7, 2020

Akibatnya, barangan keperluan yang tidak pernah habis di rak supermarket telah lesap dalam masa beberapa jam. Gejala ini bukan sahaja tidak sihat di kalangan masyarakat malah boleh mengakibatkan kerosakan di skala yang lebih besar.

Rakyat Malaysia sebenarnya tidak perlu tergesa-gesa terpengaruh dengan gejala “Panic Buying” di waktu Perintah Kawalan Pergerakan selama dua minggu. Ini kerana kerajaan tidak menghalang rakyat untuk membeli-belah barangan seperti biasa malah tidak mengarahkan kedai dan supermarket dari ditutup.



Relax.. tak perlu nak serbu pasar raya.

Sepanjang dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasa, premis menjual barangan keperluan harian dibenarkan beroperasi.

1.Pasar raya
2. Pasar awam
3. Kedai runcit
4. kedai serbaneka #COVID19malaysia#MovementControlOrder pic.twitter.com/ZhmlJVZ3Xk

— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) March 17, 2020

Kerajaan juga menjamin segala barang kawalan dan bekalan makanan asas mencukupi di dalam negara. Tetapi ia tidak boleh lagi dikawal jika semua orang bertindak membeli barang melampau tanpa kawalan.

Apabila bekalan tidak mencukupi disebabkan pembelian melampau ini, ia boleh mewujudkan manipulasi harga dan bekalan dalam pasaran. Lebih teruk lagi, apabila mereka yang memerlukan tidak dapat membeli barang keperluan, ia boleh mendatangkan mudarat seperti kelaparan, kekurangan nutrisi atau sakit akibat ketiadaan ubat atau makanan.

Seperkara lagi, setiap barangan mempunyai tempoh hayat di mana ia tidak boleh lagi lagi dimakan atau digunakan apabila mencecah tempoh tersebut. Makanan yang cepat rosak seperti roti contohnya, tidak boleh tahan lebih seminggu dan membazir jika sekeluarga 4 orang membeli 10 buku roti.

Pembaziran ini secara tidak langsung akan memenuhi tong sampah, sekaligus mempercepatkan ruangan pelupusan sampah dipenuhi. Ia langkah yang tidak baik untuk kelestarian bumi bagi jangka masa panjang.

Jadi, rakyat Malaysia tidak perlu terburu-buru membeli banyak barang keperluan dalam satu belian di musim Perintah Kawalan Pergerakan. Berbelanja seperti biasa, secara mingguan atau bulanan dan beli barang yang diperlukan sahaja.

Ingatlah, barang yang belum anda perlukan itu mungkin lebih diperlukan oleh orang lain yang lebih terdesak. Terutama untuk orang tua dan kanak-kanak.

Di samping itu, sentiasa amalkan langkah pencegahan wabak COVID-19. Elakkan dari bersalaman dan bersentuhan dengan orang lain, jarakkan diri dari orang ramai sekitar 1 meter dan sentiasa mencuci tangan atau membersihkannya dengan cecair pembasmi kuman.

Usaha bersama ini pasti dapat mengurangkan jangkitan wabak COVID-19, sekaligus menghapuskannya dengan segera.

Tags: COVID-19
Najib

Najib

POPULAR

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025

COVID-19: “Panic Buying” lebih membazir masa, tenaga dan wang ringgit dan merugikan negara

17 March 2020
5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

24 October 2025
Kad Visa Travel TNG eWallet: 3% cashback tanpa had, pengeluaran luar negara percuma

Kad Visa Travel TNG eWallet: 3% cashback tanpa had, pengeluaran luar negara percuma

21 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER