• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Anak syarikat Felda dipilih sebagai pembangun menara telekomunikasi NFCP

  • OLEH Najib
  • 3:36 pm
  • 18/03/2020
  • Komen
Anak syarikat Felda dipilih sebagai pembangun menara telekomunikasi NFCP
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun perniagaan utamanya ialah kelapa sawit, Felda sebenarnya memiliki perniagaan yang jauh lebih luas. Salah satu anak syarikat Felda Global Ventures (FGV) Holdings Berhad, iaitu FGV Prodata memaklumkan mereka telah berjaya dilantik sebagai pemaju salah satu projek pembangunan untuk Pelan Gantian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP).

Projek tersebut adalah menyediakan dan memasang menara telekomunikasi dan peralatannya. Ia digunakan untuk perkhidmatan selular awam di bawah NFCP, sebahagian dari usaha Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk meluaskan capaian internet jalur lebar di Malaysia.



Dalam kenyataan FGV, mereka memaklumkan bahawa projek ini akan dijalankan di kawasan luar bandar, meliputi 93 daerah di dalam lapan negeri di seluruh negara. Dengan jumlah lokasi sebanyak 152 tapak, dijangka ia dapat menyediakan sambungan digital kepada seramai 40,000 penduduk sekitar.

FGV Prodata merupakan salah satu dari empat syarikat yang telah dipilih oleh KKMM sebagai Penyedia Perkhidmatan Sejagat Ditetapkan (DUSPs). FGV Prodata telah ditugaskan untuk membangunkan sebanyak 39 tapak, di mana 26 tapak di Sabah dan 13 tapak di Terengganu. Projek ini akan dilaksanakan dalam masa 6 bulan, bermula dari 15 Februari 2020.



Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Haris Fadzilah Hassan berkata, “FGV sangat berbangga apabila FGV Prodata terpilih sebagai sebahagian dari projek ini, sebagai sokongan kepada Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030). Ia adalah satu pengiktirafan buat FGV Prodata yang berazam untuk menjadi penyedia infrastruktur utama dalam industri telekomunikasi dengan menyediakan perkhidmatan dan penyelesaian berkualiti tinggi. Ia juga selari dengan perjalanan transformasi kumpulan FGV untuk mengembangkan operasi bagi mencipta lebih nilai perniagaan.”

Kejayaan terpilih dalam projek ini menambah pencapaian FGV Prodata selepas berjaya memperoleh lesen Penyedia Kemudahan Rangkaian (NFP) dan Pembekal Perkhidmatan Rangkaian (NSP) dari SKMM pada tahun 2013. Selain FGV Prodata, tiga lagi syarikat yang terpilih ialah Edotco Malaysia Sdn Bhd, Maxis Broadband Sdn Bhd dan U Mobile Sdn Bhd.

NFCP adalah satu pelan kerajaan untuk menyediakan sambungan internet berkelajuan tinggi buat semua kawasan berpenduduk di Malaysia. Selain menggunakan gentian optik, rangkaian 4G dan juga 5G merupakan salah satu pilihan untuk memberikan sambungan internet di kawasan luar bandar.

Sumber: The Edge

Tags: FeldaFGV ProdataNFCPSKMM
Najib

Najib

POPULAR

Anak syarikat Felda dipilih sebagai pembangun menara telekomunikasi NFCP

Anak syarikat Felda dipilih sebagai pembangun menara telekomunikasi NFCP

18 March 2020
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN