• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TAG Heuer dedahkan generasi ketiga siri Connected

  • OLEH Ghazali Alias
  • 2:15 pm
  • 18/03/2020
  • Komen
TAG Heuer dedahkan generasi ketiga siri Connected
Share on FacebookShare on Twitter

Tag Heuer telah generasi ketiga jam tangan pintar mewahnya, Tag Heuer Connected yang bakal berada di pasaran bermula hari Jumaat (20 Mac 2020) di kedai terpilih dan dalam talian.

Seperti yang didedahkan oleh jenama pembuat jam tangan mewah asal Swiss itu, versi baharu ini dilengkapi GPS dan pengimbas degupan jantung. Ia turut didatangkan dengan aplikasi TAG Heuer Sport yang membolehkan pemakai menjejak gerakan untuk aktiviti sukan seperti golf, larian, berbasikal, berjalan dan lain-lain aktiviti.



Aplikasi TAG Heuer mobile companion membolehkan pemakai memadankan jam tangan ini dengan telefon mereka. Ia membolehkan pengguna untuk mengakses servis Google seperti Google Assistant, Google Translate, Google Pay, kawalan muzik, paparan cuaca dan peta. Malah, jam tangan ini juga boleh menerima notifikasi mesej, emel dan panggilan.

Bagi fizikaliti, jam tangan ini direka dengan saiz 45 mm yang diperbuat daripada keluli tahan karat titanium dan kacanya menggunakan kristal nilam (sapphire). Tidak ketinggalan, ia dikemaskan dengan bezel seramik.



Tag Heuer Connected juga dilengkapi dengan skrin sentuh OLED 1.39 inci beresolusi 454 x 454 piksel. Seperti jam tangan pintar lain, pemakai boleh menukar muka jam ini mengikut kesukaan. Tali jamnya juga boleh ditukar menjadikan jam tangan ini mudah dipadankan dengan apa-apa gaya yang dikenakan.

Setakat ini belum ada pendedahan secara rasmi berhubung sistem dalaman jam tangan ini namun khabarnya ia tidak lagi menggunakan chip intel yang dipakai oleh dua siri Connected sebelumnya.

Berhubung harga, sebelum ini untuk generasi pertama dan kedua, TAG Heuer Connected ditawarkan pada harga kira-kira RM 6,000 ke atas. Jadi adakah tanda harganya sekitar itu atau lebih mahal berbanding sebelumnya? Apa-apa pun kita tunggu kemunculannya Jumaat ini. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman rasmi TAG Heuer.

Sumber: Malay Mail

Tags: Connectedjam tangan pintarTag HeuerTag Heuer Connected
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

TAG Heuer dedahkan generasi ketiga siri Connected

TAG Heuer dedahkan generasi ketiga siri Connected

18 March 2020
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

10 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN