• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo Enco M31 dengan sokongan LDAC dan dua pilihan mod audio pada harga RM 199

  • OLEH Ghazali Alias
  • 6:00 pm
  • 19/03/2020
  • Komen
Oppo Enco M31 dengan sokongan LDAC dan dua pilihan mod audio pada harga RM 199
Share on FacebookShare on Twitter

Seiring Dengan pelancaran Oppo A91, Oppo turut memperkenalkan model baharu dalam siri Enco, fon kepala jenis neckband, Oppo Enco M31.

Menurut pengeluarnya, Oppo Enco M31 menyokong audio beresolusi tinggi. Ia mungkin dicapai hasil penggunaan teknologi codec LDAC hasilan Sony. Tambahan pula, fon telinga ini menyokong sambungan Bluetooth 5.0 yang menjanjikan aliran data 3 kali lebih pantas berbanding Bluetooth generasi terdahulu.



Oppo Encho M31 dilengkapi dengan algoritma penyaring hingar AI. Menggunakan algoritma tersebut, anda akan dapati panggilan suara jadi lebih jelas kerana bunyi yang tak berkenaan ditapis keluar. Semasa mendengar muzik, ada dua mod boleh dipilih iaitu:

  1. Equalized fine tune sounds
  2. Bass

Bagi mod equalized fine tune sounds, penguna boleh mendapatkan audio yang jelas dan seimbang meskipun dalam muzik yang kuat. Bagi mod Bass, ia memberikan pengalaman audio yang lebih menonjolkan elemen muzik terutama untuk nada rendah.



Oppo Encho M31 memiliki bateri sebesar 88 mAh. Ia boleh digunakan selama 8 hingga 12 jam, bergantung kepada pola penggunaan. Baterinya juga menyokong pengecasan pantas . 10 minit pengecasan  memberikan 2.5 jam kuasa memainkan muzik beresolusi tinggi.

Secara imejnya, Oppo Enco M31 masih mengekalkan rekaan seperti model Enco Q1 sebelum ini, iaitu fon telinga jenis neckband yang ergonomik dan ringan. Ia diperbuat daripada logam memori bentuk yang diliputi dalam getah silikon. Enco M31 sesuai dibawa ketika bersenam sebab ia ada IP Rating pada tahap IPX5. Ia sepatutnya kalis peluh anda ataupun hujan renyai.

Oppo Enco M31 ditawarkan pada harga RM 199. Ia didatangkan dalam tiga warna iaitu hitam, hijau dan merah jambu.  Sempena ulang tahun Lazada pada 27 Mac 2020, Oppo Enco M31 ditawarkan pada harga RM159 dari pukul 12 pagi hingga 2 petang di kedai online Lazada. Terhad kepada 1,000 unit sahaja.

Tags: oppooppo enco m31
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Oppo Enco M31 dengan sokongan LDAC dan dua pilihan mod audio pada harga RM 199

Oppo Enco M31 dengan sokongan LDAC dan dua pilihan mod audio pada harga RM 199

19 March 2020
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Siri Poco X8 Pro dilancar 17 Mac dengan cip Dimensity 8500 Ultra dan Dimensity 9500s

Siri Poco X8 Pro dilancar 17 Mac dengan cip Dimensity 8500 Ultra dan Dimensity 9500s

10 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN