• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Stesen petrol Five permudah cara membuka stesen petrol baru dengan teknologi digital

  • OLEH Najib
  • 2:16 pm
  • 19/03/2020
  • Komen
Stesen petrol Five permudah cara membuka stesen petrol baru dengan teknologi digital
Share on FacebookShare on Twitter

Jangan terkejut jika anda melihat stesen pam petrol Five. Ia adalah stesen petrol baru milik FIVE Petroleum Malaysia Sdn Bhd, yang menerima lesen operasi di Malaysia pada 15 Januari lepas.

Stesen petrol Five yang pertama terletak di Kalumpang, Selangor. Ia akan mula beroperasi pada bulan Mac 2020. Five telah menandatangani kontrak dengan Petronas sebagai pembekal petrol mereka.



Minyak Petrol Five membawakan jenama Ultimaxx. Five menjanjikan petrol berkualiti tinggi dan menjimatkan. Pengerusi Five, Dato’ Haji Juhari menjelaskan, “Five adalah syarikat tenaga bersepadu yang mahu memenuhi permintaan rakyat Malaysia tentang minyak yang jimat, mesra alam dan tanggungjawab sosial. Kami juga mahu membantu rakyat Malaysia mencapai pembangunan yang lebih maju.”

Five akan diuruskan oleh barisan pengurus yang sama dengan Seng Group. Kumpulan ini telah diasaskan pada tahun 1971, menjadi peneraju perniagaan operator stesen petrol selama hampir lima dekad sebagai pembekal dan perkhidmatan pengurusan stesen petrol.



Sebagai memenuhi aspirasi Malaysia, Five berazam untuk merevolusi perniagaan runcit petrol di Malaysia, dengan menyediakan cara yang mudah untuk pemilik perniagaan memulakan stesen petrol berskala kecil. Ia sekaligus menurunkan modal yang diperlukan untuk menjadi operator stesen petrol. Dengan ini, lebih banyak stesen petrol boleh dibuka terutama sekali di kawasan luar bandar. Sekaligus, ia boleh menjana ekonomi negara apabila lebih banyak kenderaan boleh bergerak lebih jauh ke pedalaman.

Five juga menggunakan teknologi digital terkini dengan memperkenalkan aplikasi mudah alih untuk memudahkan pembayaran tanpa tunai. Five merancang untuk mengintegrasi aplikasi ini dengan lebih banyak rakan niaga, serta menyediakan ganjaran untuk pengguna setia di dalamnya. Ia akan memainkan peranan penting untuk kemajuan kedai runcit Woo! Mart, yang terdapat di stesen petrol Five.

Tags: FiveStesen petrol
Najib

Najib

POPULAR

Stesen petrol Five permudah cara membuka stesen petrol baru dengan teknologi digital

Stesen petrol Five permudah cara membuka stesen petrol baru dengan teknologi digital

19 March 2020
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN