• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kerajaan agih topeng muka percuma kepada rakyat, import 10 juta topeng muka dari China

  • OLEH Ghazali Alias
  • 12:49 pm
  • 24/03/2020
  • Komen
Platform Online Lapor Peningkatan 5 Kali Ganda Pembelian Barang Kesihatan Berkaitan Coronavirus
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan Malaysia mengambil keputusan untuk mengimport kira-kira 10 juta keping topeng muka yang akan diagihkan kepada seluruh rakyat yang memerlukan sebagai sumbangan kerajaan untuk menangani penularan wabak COVID-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, selagi tahap bekalan topeng muka oleh pengeluar tempatan di negara ini tidak mencapai tahap yang memuaskan, langkah mengimport topeng muka dari China adalah suatu yang perlu dilakukan bagi memenuhi keperluan domestik negara ini



“Kita akan usahakan untuk mengimport topeng muka dengan kadar segera. Semalam saya arahkan NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara), supaya mereka keluarkan peruntukan yang disediakan kerajaan, harga saya diberitahu lebih RM1.18 sen sekeping,”katanya dalam Sidang Media Khas Perdana Menteri selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) pada 23 Mac 2020.

Berhubung harga siling untuk topeng muka, Muhyiddin menjelaskan harga kawalan perlu diteliti supaya tidak terlalu tinggi, apatah lagi dalam keadaan negara yang masih berdepan dengan penulatan wabak COVID-19.



Tambahnya, beliau telah arahkan Menteri Kanan (Pertahanan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Kanan (Infrastruktur) Datuk Seri Fadilah  Yusof, bersama-sama dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Alexander Nanta Linggi untuk berbincang dengan pengeluar.

“Pengeluaran kapasiti topeng untuk negara ini saya dimaklumkan 2 atau 3 juta keping setiap bulan.Saya berharap agar pengeluar tempatan dapat terus menghasilkan topeng muka secara mencukupi walaupun mereka mempunyai sedikit masalah mendapatkan bekalan bahan mentah dari negara luar. Tambahan pula, pengeksportan topeng ke luar negara tak dibenarkan,” ujarnya.

Berdasarkan perkongsian di Twitter, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, harga topeng muka setakat ini menunjukkan perubahan harga kawalan antara 6 Mac 2020 dan 22 Mac 2020.

Harga runcit bagi topeng muka (perubatan/pembedahan) gelung telinga dan kepala tiga lapisan meningkat daripada RM 0.80 kepada RM 2. Harga borong pula meningkat daripada RM 25 kepada RM 75 sekotak, tiga kali ganda berbanding harga pada 6 Mac 2020.

  • Harga kawalan 6 Mac 2020
  • Harga Kawalan 22 Mac 2020

Terdahulu pada 22 Mac 2020, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bahawa Perdana Menteri tidak bersetuju dengan peningkatan harga kawalan topeng muka kepada RM 2 sekeping. Ia dilihat terlalu tinggi dan tidak sepatutnya menjadi isu kerana pihak kastam sudah bersetuju hapuskan duti import untuk pembelian topeng muka.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah turut menyarankan supaya individu yang sihat tidak perlu memakai topeng muka, tetapi perlu memastikan penjarakan sosial ketika wabak Covid-19. Jelasnya, nasihat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hanya pakai topeng apabila mempunyai gejala pernafasan, atau menjaga pesakit Covid-19 dan sekiranya bekerja di kawasan hospital.

Sumber: Astro Awani, KPDNHEP

Tags: COVID-19
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Platform Online Lapor Peningkatan 5 Kali Ganda Pembelian Barang Kesihatan Berkaitan Coronavirus

Kerajaan agih topeng muka percuma kepada rakyat, import 10 juta topeng muka dari China

24 March 2020
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER