• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Patuhi arahan satu orang satu kenderaan, boleh dipenjara jika ingkar

  • OLEH Ghazali Alias
  • 3:29 pm
  • 26/03/2020
  • Komen
COVID-19: Rakyat Malaysia yang bekerja di Thailand dan Singapura tidak dibenarkan ke luar negara
Share on FacebookShare on Twitter

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan sehingga 14 April 2020, hanya seorang sahaja wakil atau ketua rumah yang dibenarkan keluar untuk membeli barang keperluan rumah.

Hal ini, seperti diumumkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof pada 21 Mac 2020, yang juga menekankan kepada arahan hanya seorang sahaja (pemandu) yang dibenarkan keluar untuk satu kenderaan.



Sekiranya didapati lebih dari seorang yang berada di dalam kenderaan, mereka perlu menjelaskan kepada pihak polis (jika dikesan atau melalui sekatan jalan raya) sebab mereka tidak mematuhi arahan berkenaan. Kebenaran untuk membawa ahli keluarga lain pula bergantung kepada budi bicara pihak polis atas sebab yang munasabah seperti kematian ahli keluarga terdekat atau sebagainya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim turut menjelaskan, orang awam yang melanggar perintah PKP boleh dikenakan tindakan tegas di bawah Seksyen 186 dan Seksyen 188 Kanun Keseksaan (KK).



Seksyen 186 KK
Menghalang pejawat awam dalam perlaksanan tugas. Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh dua tahun atau denda maksimum RM10,000, atau kedua-duanya.

Seksyen 188 KK
Mengingkari perintah yang diisytiharkan, oleh penjawat awam. Jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara sehingga enam bulan, atau denda sehingga RM2,000, atau kedua-dua sekali.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak perlu keluar rumah tanpa keperluan. Jika perlu, patuhi langkah pencegahan jangkitan COVID-19 yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), basuh tangan, jaga kesihatan dan amalkan penjarakan sosial.

Bagi wakil atau ketua keluarga, selepas pulang dari membeli barang keperluan, anda perlu mengikuti langkah pencegahan jangkitan COVID-19. Langkah yang disarakan KKM adalah:

  1. Buka topeng muka dan masukkan ke dalam plastik kemudian buang ke dalam tong sampah
  2. Elakkan menyentuh, memeluk anak atau ahli keluarga
  3. Pergi ke tandas, buka pakaian dan rendam di dalam sabun
  4. Mandi dengan sabun. Bersihkan muka tangan dan seluruh tubuh
  5. Baru bertemu keluarga

Jadi wakil atau ketua keluarga sebaiknya keluarlah naik kenderaan sendiri kerana kerana carpool boleh datangkan risiko jangkitan. Kalau tiada kenderaan dan kedai pula jauh, anda disarankan beli secara online atau kirim pada jiran tetangga.

Sumber: Paultan, Bernama

Tags: COVID-19Perintah Kawalan Pergerakan
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

COVID-19: Rakyat Malaysia yang bekerja di Thailand dan Singapura tidak dibenarkan ke luar negara

Patuhi arahan satu orang satu kenderaan, boleh dipenjara jika ingkar

26 March 2020
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN