• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jaminan kenderaan Honda tidak terbatal jika servis berjadual tidak dibuat semasa PKP

  • OLEH Najib
  • 10:36 am
  • 31/03/2020
  • Komen
Jaminan kenderaan Honda tidak terbatal jika servis berjadual tidak dibuat semasa PKP
Share on FacebookShare on Twitter

Semua operasi kilang dan pejabat jualan Honda telah ditutup sejak Perintah Kawalan Pergerakan bermula. Tetapi pengguna kenderaan Honda tidak perlu risau berkenaan jaminan dan keperluan melakukan servis berjadual semasa PKP.

Honda Malaysia telah memuat naik kenyataan berkenaan jaminan kenderaan menerusi laman web www.honda.com.my. Menurut mereka:



  • Jaminan kenderaan yang tamat semasa tempoh PKP berkuatkuasa akan dilanjutkan selama 30 hari dari tarikh akhir PKP.
  • Jaminan sedia ada akan kekal sah sepanjang PKP walaupun servis berjadual tidak dibuat semasa PKP berkuatkuasa. Tetapi pengguna perlu membuat servis dalam masa 60 hari selepas PKP tamat untuk memastikan jaminan terus aktif.
  • Jika anda telah membuat temujanji untuk servis kenderaan, sila hubungi semula pengedar anda dalam masa 15 hari selepas perniagaan kembali berperasi untuk membuat temujanji baharu.

Honda sebelum ini memang tegas dalam mematuhi jadual servis kenderaan. Tetapi dengan sekatan pergerakan sekarang, pengguna Honda tidak perlu risau jaminan mereka terbatal akibat tidak menuruti jadual servis.

Jangan lupa pula untuk menghidupkan kenderaan anda sekali-sekala semasa PKP, jangan sampai 1 bulan kereta tidak dihidupkan. Nanti lain pula masalah yang datang.



Sumber: Paultan

Tags: hondaPerintah Kawalan Pergerakan
Najib

Najib

POPULAR

Jaminan kenderaan Honda tidak terbatal jika servis berjadual tidak dibuat semasa PKP

Jaminan kenderaan Honda tidak terbatal jika servis berjadual tidak dibuat semasa PKP

31 March 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN