• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

KKM Kata Tangkal Antivirus Mengarut, Tapi Kenapa Perdana Menteri Memakainya?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:09 pm
  • 31/03/2020
  • Komen
KKM Kata Tangkal Antivirus Mengarut, Tapi Kenapa Perdana Menteri Memakainya?
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa pemimpin negara, termasuklah Perdana Menteri Malaysia sendiri dikesan memakai tag khas.

Menurut warganet yang berkongsikan tentang tag itu, ia adalah produk yang bernama Antah Wellness.



Carian lanjut produk itu menunjukkan yang ia mengandungi bahan aktif yang dikenali sebagai klorin dioksida sebanyak 5g. Harganya bukan murah. Untuk satu tag yang tak terbukti keberkesanannya, ia dijual pada harga RM60.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr. Noor Hisham Abdullah menolak dakwaan yang pemakaian tag ini boleh memberikan perlindungan terhadap jangkitan COVID-19 dengan merujuk kepada satu kajian dalam jurnal Japanese Journal of Environmental Infection. Dalam artikel tersebut, penyelidik menyatakan yang pemakaian tag klorin dioksida tidak beri kesan terhadap aktiviti virus dan bakteria dalam udara.



Pusat Racun Negara juga mengeluarkan amaran bahaya alergi kerana bahan tersebut bersifat merengsa. Apa yang dikhuatiri lagi adalah ia menyebabkan penggunanya berasa alpa tentang kepentingan menjaga kebersihan nutuk menghalang jangkitan COVID-19.

Cara penggunaan Antah Wellness ini mirip satu produk bernama Air Doctor yang dijual di Jepun.

Penggunaan klorin dioksida bukanlah perkara baru dalam membendung gejala  penyebaran mikrob. Contohnya, semasa peristiwa anthrax tahun 2001, kerajaan A.S. menggunakan klorine dioksida dalam bentuk gas dan cecair untuk membunuh spora penyebab anthrax, Bacillus antracis, di udara dan atas permukaan (Vipin, et. Al 20, 2010).

Namun begitu, ada perbezaan ketara antara kaedah penyebaran anthrax dengan COVID-19. Penyakit anthrax dibawa spora yang diterbangkan udara (Md. Radzi,2002).

A statue of a person

Description automatically generated

Manakala di sebelah COVID-19, masih tiada bukti kukuh sama ada virus ini tersebar melalui udara ataupun tidak.

Maka, bolehlah disimpulkan pemakaian tangkal antivirus ini lebih kepada langkah waspada. Sejurus COVID-19 disahkan merebak melalui udara, barulah pemakaian tag ini boleh dikatakan sebagai langkah mencegah.

Tags: CoronavirusCOVID-19covid19
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
KKM Kata Tangkal Antivirus Mengarut, Tapi Kenapa Perdana Menteri Memakainya?

KKM Kata Tangkal Antivirus Mengarut, Tapi Kenapa Perdana Menteri Memakainya?

31 March 2020
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

24 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER