• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Majikan PKS layak terima bantuan sehingga RM1,200 bagi setiap pekerja selama 3 bulan

  • OLEH Najib
  • 5:15 pm
  • 06/04/2020
  • Komen
Majikan PKS layak terima bantuan sehingga RM1,200 bagi setiap pekerja selama 3 bulan
Share on FacebookShare on Twitter

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini kembali bersiaran langsung di media arus perdana bagi membentangkan Pakej Prihatin Tambahan (PPT). Pakej ini disasarkan khusus buat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), yang dilihat kurang menerima bantuan semasa pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin sebelum ini.

Di bawah inisiatif tambahan ini, semua syarikat dengan pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah akan menerima bantuan subsidi upah seperti berikut:



  1. Pekerja lebih 200 orang – syarikat layak menerima subsidi upah sebanyak RM600 untuk setiap pekerja yang dikekalkan. Bilangan maksimum pekerja yang layak menerima subsidi hanyalah sebanyak 200 orang.
  2. Pekerja antara 76 ke 200 orang – syarikat layak menerima subsidi upah sebanyak RM800 bagi setiap pekerja.
  3. Pekerja 75 orang dan kurang – syarikat layak menerima subsidi upah sebanyak RM1,200 bagi setiap pekerja.

Bantuan subsidi upah ini akan diberikan selama 3 bulan. Ia juga diberikan hanya untuk syarikat yang telah berdaftar dengan SSM atau pihak berkuasa tempatan, sebelum 1 Januari 2020. Syarikat juga mestilah telah berdaftar dengan PERKESO.

Majikan yang memilih untuk menerima bantuan subsidi upah ini, haruslah memenuhi syarat iaitu mengekalkan pekerja bagi tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan. 3 bulan semasa menerima subsidi upad dan 3 bulan lagi selepas itu.



Sumber: Astro Awani

Tags: COVID-19Pakej Rangsangan EkonomiPerintah Kawalan PergerakanPKS
Najib

Najib

POPULAR

Majikan PKS layak terima bantuan sehingga RM1,200 bagi setiap pekerja selama 3 bulan

Majikan PKS layak terima bantuan sehingga RM1,200 bagi setiap pekerja selama 3 bulan

6 April 2020
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Kerajaan tawar diskaun tol 50% selama 2 hari sempena Aidilfitri untuk kenderaan Kelas 1

Deepavali 2026: Nikmati diskaun tol 50% pada 6 dan 7 November ini

5 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN