• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

15 episod klasik kartun G.I. Joe kini boleh ditonton di YouTube

  • OLEH Najib
  • 10:37 am
  • 07/04/2020
  • Komen
15 episod klasik kartun G.I. Joe kini boleh ditonton di YouTube
Share on FacebookShare on Twitter

Hasbro, syarikat yang memiliki G.I Joe, telah memuat naik 15 episod siri animasi G.I Joe bagi membantu peminat mengisi masa sepanjang berada di rumah. Kesemua siri animasi ini boleh ditonton menerusi saluran YouTube Hasbro.

Episod yang dimuat naik ini merangkumi dua siri mini serta kartun asal G.I Joe pada tahun 1985, setiap satu siri sebanyak 5 episod. Siri mini pertama bertajuk “The M.A.S.S Device” bercerita tentang bagaimana Cobra dan pasukan Joe berlumba untuk membina peralatan M.A.S.S mereka, iaitu sebuah mesin yang boleh mengalihkan benda sekelip mata.



Siri mini kedua pula, “The Revenge of Cobra” menampilkan kisah bagaimana pasukan Joe cuba menghentikan Cobra dari menggunakan mesin cuaca untuk menyerang Washington D.C. Seterusnya di dalam “The Pyramid of Darkness“, Cobra cuba mengaktifkan sebuah peranti yang dikenali sebagai Pyramid of Darkness, di mana ia boleh mematikan elektrik di seluruh dunia.

Episod klasik ini menunjukkan bagaimana usaha Cobra untuk menggunakan senjata pemusnah mereka dalam cubaan menakluk dunia. Pada setiap percubaan itu, ia digagalkan oleh pasukan Joe menerusi pelbagai cara yang dilihat mustahil.



Peminat boleh melihat banyak watak-watak kegemaran ramai seperti Duke, Scarlett dan Snake Eyes ditonjolkan dalam siri klasik ini. Siri kartun G.I. Joe: A Real American Hero disiarkan dari tahun 1984 hingga 1992, merangkumi tiga siri mini, dua siri animasi dan satu filem pada tahun 1987.

Sumber: CBR

Tags: hasbro
Najib

Najib

POPULAR

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

13 January 2026
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
15 episod klasik kartun G.I. Joe kini boleh ditonton di YouTube

15 episod klasik kartun G.I. Joe kini boleh ditonton di YouTube

7 April 2020
Redmi Note 15 5G & 4G tiba, telefon bawah RM1,000 ada bateri 6,000mAh & kamera 108MP

Redmi Note 15 5G & 4G tiba, telefon bawah RM1,000 ada bateri 6,000mAh & kamera 108MP

15 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER