• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Aspirasi C-Protect, perlindungan insuran COVID-19 hanya RM1/bulan untuk pelanggan Celcom

  • OLEH Najib
  • 5:14 pm
  • 07/04/2020
  • Komen
Aspirasi C-Protect, perlindungan insuran COVID-19 hanya RM1/bulan untuk pelanggan Celcom
Share on FacebookShare on Twitter

Pelanggan Celcom kini boleh mendapatkan perlindungan insuran dari COVID-19 pada harga hanya RM1/bulan. Ia boleh diaktifkan dengan mudah menggunakan telefon pintar.

Pelan insuran ini ditawarkan kepada semua pelanggan baru dan lama, prabayar atau pascabayar Celcom. Ia juga boleh dilanggan oleh warganegara Malaysia serta warga asing yang menetap di Malaysia, berusia di antara 16 hingga 80 tahun.



Dinamakan pelan Aspirasi C-Protect, ia merupakan pelan insuran kemalangan peribadi di bawah syarikat Eastern General Insurance (M) Berhad, menerusi platform Aspirasi.

Faedah Aspirasi C-Protect

Pelan ini menyediakan sejumlah RM2,000 untuk kematian akibat kemalangan dan RM1,000 untuk kecacatan kekal. Sebagai tambahan, pelan ini turut menyediakan sehingga RM1,000 bagi membayar bil terakhir pascabayar Celcom jika berlaku kematian akibat kemalangan, kecacatan kekal atau ditahan di hospital lebih dari 4 hari akibat kemalangan.



Selain itu, pelan ini turut memberikan bantuan tunai apabila ditahan di hospital sebanyak RM200/hari sehingga 60 hari, jika didapati dijangkiti COVID-19 dan dikuarantin di mana-mana hospital di bawah Kementerin Kesihatan Malaysia. Terdapat juga pemberian tunai sebanyak RM20,000 jika meninggal dunia akibat COVID-19.

Mendaftar Aspirasi C-Protect

Untuk mendaftar, hanya dail *365*6# dan pilih “Subscribe” menerusi USSD. Selain itu, ia juga boleh dilanggan menerusi aplikasi Celcom Life. Langganan ini akan dicaj ke dalam akaun pascabayar atau prabayar pengguna.

Untuk pendaftaran sebelum 15 April, premium akan dicaj pada 15 April. Pendaftaran selepas itu akan dicaj serta-merta. Insurans Aspirasi C-Protect ini sah dari 1 April hingga 31 Disember 2020. Untuk maklumat lanjut, boleh semak di ruangan soalan lazim FAQ.

Sumber: Celcom, Idham Nawawi

Tags: AspirasicelcomCelcom Aspirasi C-ProtectCOVID-19
Najib

Najib

POPULAR

Aspirasi C-Protect, perlindungan insuran COVID-19 hanya RM1/bulan untuk pelanggan Celcom

Aspirasi C-Protect, perlindungan insuran COVID-19 hanya RM1/bulan untuk pelanggan Celcom

7 April 2020
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN