• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jabra beri diskaun 50% untuk Elite Active 65t selama sehari di Lazada

  • OLEH Ghazali Alias
  • 12:50 pm
  • 07/04/2020
  • Komen
Jabra beri diskaun 50% untuk Elite Active 65t selama sehari di Lazada
Share on FacebookShare on Twitter

Untuk tempoh 24 jam pada 9 April 2020, Jabra menurunkan harga fon telinga jenis earbuds, Jabra Elite Active 65t dengan diskaun 50 peratus kepada RM 449 sepasang.

Berbanding harga sebelum ini iaitu RM 899, harga istimewa itu diberikan kepada pelanggan menerusi pembelian di stor rasmi Jabra di Lazada hanya pada tarikh yang ditetapkan.



Menyingkap kembali tentang Jabra Elite Active 65t, ia merupakan fon telinga yang mendapat Anugerah Inovasi di pameran Consumer Electronics Show (CES) pada tahun 2018. Rekaannya ringan dan kompak, fon telinga ini tahan 5 jam dengan sekali cas penuh dan boleh mencapai jangka hayat 15 jam secara keseluruhan (dicas penuh 2 kali dengan perumah).

Jabra Elite Active 65t ideal buat mereka yang gemar bersukan, ia ada rating IP pada tahap IP56. Ia kalis peluh dan debu tetapi, tidak boleh berendam dalam air. Ia juga boleh digunakan dengan pembantu suara seperti Siri, Amazon Alexa, Google Assistant dan Baidu. Teknologi 4 mikrofonnya pula berupaya menapis bunyi bising sekeliling.



Dengan pengesan pergerakan yang terdapat pada fon telinga ini, ia boleh menjadi penjejak kecergasan dengan penggunaan bersama aplikasi Jabra Sound+. Menerusi aplikasi juga, pengguna boleh membuat pengubahsuaian bunyi dan tetapan selain memantau jangka hayat bateri.

Untuk maklumat lanjut berkenaan produk, boleh ke laman web rasmi Jabra atau stor rasmi di Lazada.

Dengan penurunan separuh harga untuk fon telinga yang sudah dua tahun di pasaran, ia masih satu pembelian yang berbaloi walaupun, Jabra dah ada Elite Active 75t. Bergantung kepada keperluan, kalau ada wang lebih, boleh beli model yang terkini.

Tags: JabraJabra Elite Active 65tLazada
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Jabra beri diskaun 50% untuk Elite Active 65t selama sehari di Lazada

Jabra beri diskaun 50% untuk Elite Active 65t selama sehari di Lazada

7 April 2020
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN