• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

63 pusat kuarantin COVID-19 baru termasuk hotel, kerajaan hanya bayar RM150 sehari

  • OLEH Najib
  • 11:00 am
  • 08/04/2020
  • Komen
63 pusat kuarantin COVID-19 baru termasuk hotel, kerajaan hanya bayar RM150 sehari
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan Malaysia sebelum ini telah mengeluarkan arahan bahawa semua rakyat Malaysia dan warga asing yang masuk ke negara, akan terus dikuarantin wajib selama 14 hari. Sebaik sahaja mereka masuk di sempadan Malaysia, semua akan dibawa dengan bas terus ke pusat kemudahan kuarantin yang disediakan.

Sehubungan itu, kerajaan telah mengisytiharkan 63 premis tambahan milik institusi, sektor awam dan hotel bertaraf lima bintang, sebagai stesen kuarantin, selaras Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Pertambahan 63 premis dari 409 lokasi sebelum ini, menjadikan jumlah keseluruhan tempat yang diisytiharkan sebagai pusat kuarantin COVID-19 sehingga kini adalah 472 premis.



Sumber: KKM

Tetapi kecoh pula di media sosial apabila beberapa orang yang dikuarantin wajib ini, dilihat tinggal di hotel mewah 5 bintang dan menyatakan, ia dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Perkara ini dibidas oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menyatakan, kerajaan hanya membiayai kos bilik dan makan sebanyak RM150 sehari kepada mereka yang dikuarantin di 45 hotel diwartakan sebagai pusat kuarantin.

“Kerajaan ingin menjelaskan bahawa sebanyak 45 buah hotel bertaraf tiga bintang ke atas telah diwartakan sebagai pusat kuarantin. Kerajaan membiayai kos untuk bilik dan makan terhad kepada RM150 sehari, kos lain seperti dobi dan sebagainya ditanggung oleh mereka yang dikuarantin,” katanya dalam sidang media pada Selasa.



Sumber: Twitter

Berikut adalah senarai 63 premis baharu yang diwartakan:

  1. Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah
  2. Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah, Siputeh, Perak
  3. Fakulti Perubatan Universiti Teknologi MARA Kampus Teluk Intan, Perak.
  4. Arena Badminton Ipoh, Perak
  5. Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak
  6. Institusi Tadbiran Islam, Ipoh, Perak
  7. Kolej Kejururawatan Kuantan, Pahang
  8. Hotel The Cool Point, Tanah Rata, Pahang
  9. Hotel Monaco Boutique, Tanah Rata, Pahang
  10. Institusi Pengajian Islam dan Dakwah Sabah, Keningau
  11. Linawa Hostel, Kompleks Sukan Ranau, Sabah
  12. Rumah Rehat Sri Aman, Sarawak
  13. Rumah Temuai Nanga Merit, Kapit, Sarawak
  14. Pusat Giatmara Wilayah Persekutuan Labuan
  15. Hotel Adya Chenang, Langkawi, Kedah
  16. Tanjung Rhu Resort, Langkawi, Kedah
  17. Golden Sands Resort by Shangri-La, Tanjung Bungah, Pulau Pinang
  18. Rainbow Paradise Beach Resort, Tanjung Bungah, Pulau Pinang
  19. Felda Residence Trolak, Sungkai, Perak
  20. Best Western Petaling Jaya, Selangor
  21. COOP Hotel Putrajaya dan Cyberjaya, Dengkil, Selangor
  22. Dorsett Grand Subang, Subang Jaya, Selangor
  23. Four Points by Sheraton, Puchong, Selangor
  24. FOX Lite Hotel Dpulze-Cyberjaya, Selangor
  25. Hilton Garden Inn, Puchong, Selangor
  26. Hilton Petaling Jaya, Selangor
  27. Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor
  28. Hotel Sunway Clio, Petaling Jaya, Selangor
  29. Hotel Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor
  30. Qliq Damansara, Petaling Jaya, Selangor
  31. Dorsett Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
  32. Ancasa Express @ Pudu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  33. Cosmo Hotel Kuala Lumpur
  34. Four Points by Sheraton Kuala Lumpur
  35. Furama Bukit Bintang, Kuala Lumpur
  36. Grand Millenium Kuala Lumpur
  37. Hilton Kuala Lumpur
  38. Holiday Inn Express Kuala Lumpur
  39. Hotel Royal Kuala Lumpur
  40. Ibis Kuala Lumpur
  41. Ibis Styles Kuala Lumpur Business Park
  42. Hotel Impiana KLCC, Kuala Lumpur
  43. J-Hotel by Dorsett, Kuala Lumpur
  44. Living at Dsulaiman, Kuala Lumpur
  45. Hotel Plaza Grand Kuala Lumpur
  46. Hotel Premiera Kuala Lumpur
  47. Ramada Suites Kuala Lumpur
  48. Silka Cheras, Kuala Lumpur
  49. Swiss-Inn Kuala Lumpur
  50. The Pearl Kuala Lumpur
  51. Hotel Cyrstal Crown, Johor Bahru, Johor
  52. Felda Residence, Tanjung Leman Mersing, Johor
  53. Hotel Hallmark Regency, Johor Bahru, Johor
  54. Hotel Millesime, Johor Bahru, Johor
  55. Hotel New York, Johor Bahru, Johor
  56. Swiss-Inn, Johor Bahru, Johor
  57. Hotel V8, Skudai, Johor
  58. Felda Residence Tekam, Jerantut, Pahang
  59. Grand Dormani Rajah Court Hotel, Kuching, Sarawak
  60. Hock Lee Hotel and Residence Tower A and Tower B, Kuching, Sarawak
  61. Hotel Kuching Park, Sarawak
  62. Ming Garden Hotel and Residence, Kota Kinabalu, Sabah
  63. Pan Borneo Hotel Kota Kinabalu, Sabah

Sumber: Berita Harian, Astro Awani

Tags: COVID-19Perintah Kawalan Pergerakan
Najib

Najib

POPULAR

63 pusat kuarantin COVID-19 baru termasuk hotel, kerajaan hanya bayar RM150 sehari

63 pusat kuarantin COVID-19 baru termasuk hotel, kerajaan hanya bayar RM150 sehari

8 April 2020
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER