[Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Boost]
Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa dari 18 Mac dan kini dilanjutkan ke 14 April yang mungkin dipanjangkan lagi, memberi kesan yang besar dalam kehidupan rakyat Malaysia. Antara yang terkesan adalah mereka yang berniaga kecil-kecilan yang mengharapkan pendapatan harian hasil perniagaan tersebut untuk menampung keperluan sekeluarga di rumah.
Dalam masa ini, peniaga perlu lebih kreatif bagi memastikan impak PKP pada tahap serendah mungkin agar dapat terus menjana pendapatan. Untuk permulaan, peniaga boleh mendapatkan bantuan dari Boost, aplikasi dompet elektronik atau e-wallet terkemuka di Malaysia.
Boost Payment Link – Dapatkan bayaran tanpa tunai di mana jua anda berada
Salah satu cara terbaik untuk berurusniaga pada masa begini ialah berjual beli tanpa tunai di mana tiada sentuhan diperlukan, seperti tidak menggunakan wang tunai atau kad kredit, sambil memastikan jarak sosial terjaga. Malah, perkara ini boleh dibuat dari jarak jauh menggunakan pautan “Boost Payment Link” yang boleh dikongsi menerusi SMS, emel atau aplikasi permesejan. Peniaga masih boleh menerima bayaran tanpa tunai, tanpa perlu menghantar nombor akaun mereka. Hanya hantar Boost Payment Link kepada pembeli. Pembeli juga beruntung kerana dapat menerima ganjaran dari program ganjaran Boost Up.
Peniaga yang telah memiliki akaun Perniagaan Boost, boleh menjana Boost Payment Link menerusi akaun mereka di bahagian Profile > Share My Business Payment Link. Pautan ini boleh dijana bersama amaun bayaran tetap atau dimasukkan sendiri oleh pengguna. Selepas dijana, pautan ini boleh dikongsi kepada pembeli dan ia akan membuka akaun Boost pembeli untuk membuat bayaran.
Kepada peniaga yang masih belum mendaftar akaun Perniagaan Boost, anda boleh mendaftar sekarang secara dalam talian. Pendaftaran boleh dibuat di sini, dengan memasukkan maklumat peribadi yang diperlukan dan pegawai Boost akan menghubungi anda untuk melengkapkan pendaftaran. Sekitar 3 ke 5 hari bekerja diperlukan untuk pendaftaran selesai.
Bantuan Perniagaan Aspirasi Assist
Untuk peniaga kecil dan sederhana (PKS) yang berhadapan masalah kewangan, anda boleh mendapatkan khidmat kewangan digital daripada Aspirasi. Ia merupakan anak syarikat Axiata Digital yang turut sama menjadi penaung Boost. Mereka menyediakan pinjaman mikro yang boleh dimohon secara dalam talian.
Bagi mengurangkan impak COVID-19 ke atas perusahaan mikro dan PKS, Aspirasi telah melancarkan Aspirasi Assist untuk menyokong segmen ini. Aspirasi Assist, iaitu platform yang merupakan sebahagian daripada program bantuan COVID-19 berjumlah RM150 juta yang diumumkan oleh Axiata Group Berhad bersama dengan anak-anak syarikatnya, bertujuan menawarkan pembiayaan yang diperlukan kepada perusahaan mikro dan SME di negara ini. Aspirasi Assist menawarkan pinjaman kepada PKS menerusi Aspirasi Capital, beserta dengan perlindungan insurans mikro khas untuk PKS melalui Aspirasi SME Protect-X.
Peniaga perlu memenuhi syarat kelayakan untuk menyertai program ini, antara syaratnya ialah berdaftar dengan akaun perniagaan Boost, perniagaan patuh syariah dan warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Permohonan Aspirasi Assist dan maklumat lanjut mengenai Aspirasi boleh didapati di laman web Aspirasi.co.
Boost Care Package
Boost juga menjalankan tanggungjawab sosial korporat dengan mengedarkan Pakej Penjagaan Boost yang mengandungi barangan penjagaan kebersihan asas iaitu pembasmi kuman (50ml), topeng muka dan tisu pengelap anti bakteria. Turut diselitkan risalah pendidikan mengenai COVID-19. Pakej ini diberikan kepada 2,255 peniaga makanan yang masih membuka perniagaan mereka untuk orang ramai yang membeli untuk dibawa pulang atau penghantaran, bermula 1 April 2020.
Peniaga tidak perlu bersedih akibat PKP, sebaliknya boleh berusaha dengan cara lain untuk kekal menjana pendapatan. Anda boleh berurusniaga tanpa tunai dan tidak bersentuhan menggunakan sistem Boost. Selain itu, peniaga juga boleh mendapatkan bantuan kewangan dari Aspirasi Assist untuk memastikan aliran tunai perniagaan boleh dikekalkan dan mengembangkan lagi perniagaan.