• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Penaja

Kenapa siri Samsung Galaxy S20 tak takutkan gelap?

  • OLEH Penaja
  • 6:20 pm
  • 08/04/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Siri Galaxy S20 adalah flagship terbaru daripada Samsung. Ada tiga ahli semuanya iaitu Galaxy S20 Ultra, S20+ dan S20. Galaxy S20 Ultra adalah yang paling berkuasa dalam kalangan keluarga itu. Miliki paparan besar, bateri besar, storan besar, dan tentu sekali bahagian kameranya adalah yang paling premium.

Dalam artikel terdahulu kita ada bercerita tentang keupayaan Space Zoom pada telefon ini iaitu ciri yang membolehkan kamera mengezum sehingga 100x. Ini adalah jarak fokal terjauh dalam telefon pintar setakat ini.

Tapi kali ini, ciri yang nak ditekankan dalam artikel ini adalah Bright Night. Tak seperti 100x yang cuma ada pada Galaxy S20 Ultra, Bright Night boleh dinikmati segenap pengguna Galaxy S20 dan Galaxy S20+ juga.

Maka, anda tak perlu gusar akan keupayaan telefon yang berada dalam tangan apabila berada dalam situasi kurang cahaya.

Bagaimana magis Bright Night berlaku?

Di Galaxy S20 Ultra, Bright Night pada telefon ini dkenali sebagai Ultra Bright Night atas sebab penggunaan sensor pengimejan yang besar jika dibandingkan pesaing setara dengannya.

Penggunaan sensor 108MP memberikan lebih banyak piksel yang boleh digunakan oleh Galaxy S20 Ultra untuk menangkap cahaya. Tapi dalam keadaan kurang cahaya, ia akan menggabungkan 9 piksel untuk jadi  1 piksel yang lebih besar.

Untuk Galaxy S20+ dan Galaxy S20, mereka juga mengguna pakai konsep pelakuran piksel yang sama. Namun, berbanding menggunakan 9 piksel, kedua-dua telefon ini menggunakan 4 piksel, tapi hasilnya tetap cantik.

Cakap saja tak guna, ini adalah sampel Bright Night daripada lensa Galaxy S20 Ultra.

  • A palm tree

Description automatically generated
  • A picture containing outdoor, grass, sitting, side

Description automatically generated
  • A close up of a fence

Description automatically generated
  • A sign on the side of the street

Description automatically generated

Galaxy S20 Ultra tak takutkan gelap

Komponen kamera pada siri Galaxy S20 kali ini adalah yang terhebat setakat ini dalam keluarga Galaxy. Perkakasan premium bergandingan dengan perisian yang diperkasa AI jadikannya sebuah kamera yang versatil dalam apa jua keadaan.

A close up of a device

Description automatically generated

Sudah tentu orang akan lebih tumpukan pada 100x zum, tapi saya tak rasakan yang Bright Night adalah satu ciri yang boleh dipandang enteng kerana tak banyak pengeluar yang berjaya menemui formula gambar malam yang cantik seperti Samsung.

Sekiranya anda berminat untuk miliki sebuah Galaxy S20, harganya di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Galaxy S20 – RM3,599
  • Galaxy S20+ – RM3,999
  • Galaxy S20 Ultra 5G – RM4,999

Tekan pautan ini untuk maklumat lanjut.

Tags: samsungsamsung galaxySamsung Galaxy S20Samsung Galaxy S20 Ultra
Penaja

Penaja

POPULAR

Kenapa siri Samsung Galaxy S20 tak takutkan gelap?

8 April 2020
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN