• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PKP: Tak perlu berlari di taman, lelaki ini lari sejauh 263km hanya di rumah

  • OLEH Ghazali Alias
  • 6:48 pm
  • 08/04/2020
  • Komen
PKP: Tak perlu berlari di taman, lelaki ini lari sejauh 263km hanya di rumah
Share on FacebookShare on Twitter

Pelari maraton tempatan, Yim Heng Fatt berjaya membuktikan bahawa walaupun hanya berada di rumah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dia berjaya melakukan larian sejauh 263km secara keseluruhan.

Heng Fatt berkongsi kejayaan itu menerusi akaun Facebooknya yang mendapat pujian dari ramai warganet. Menurutnya, dia melakukan larian selama 36 jam bermula 4 hingga 5 April 2020.



Bermula seawal pukul 6 pagi, Heng Fatt, akan melakukan larian jarak 50km pada satu masa dengan berlari di laluan ruang tamu, dapur dan ruang makan di tingkat bawah rumahnya. Dia akan berehat untuk makan dan mandi, sebelum menyambung semula larian dengan jarak sama.

Selain membuktikan bahawa duduk di rumah juga boleh menyelesaikan larian maraton penuh, Heng Fatt turut berkongsi kelebihan melakukan larian di dalam rumah. Jelasnya, di dalam rumah, cuaca bukan satu masalah, jika terasa panas, boleh pasang kipas atau hidupkan penghawa dingin.



Heng Fatt juga berkongsi beberapa gambar stesen makanan dan minuman di dapurnya, yang dipenuhi roti dan minuman sejuk untuk membantunya menambah tenaga ketika melakukan larian.

Usaha Heng Fatt wajar dicontohi oleh rakyat Malaysia terutama bagi mereka yang masih berdegil dengan keluar berjoging di taman, semasa tempoh PKP. Ada yang telah didakwa kerana berjoging di taman, seperti seorang pakar kardiologi di Pulau Pinang pada bulan lalu.

Malah, dalam kejadian lain, 11 individu telah ditahan oleh pihak polis kerana berjoging di Mont Kiara. Tindakan itu diambil selepas tular di media sosial, sebuah gambar beberapa orang yang masih melakukan aktiviti luar semasa tempoh PKP.

Sumber: Malay Mail

Tags: COVID-19Perintah Kawalan Pergerakan
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

PKP: Tak perlu berlari di taman, lelaki ini lari sejauh 263km hanya di rumah

PKP: Tak perlu berlari di taman, lelaki ini lari sejauh 263km hanya di rumah

8 April 2020
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN