• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mediatek dikatakan menipu untuk cemerlang dalan ujian tanda aras

  • OLEH Najib
  • 12:29 pm
  • 09/04/2020
  • Komen
Mediatek dikatakan menipu untuk cemerlang dalan ujian tanda aras
Share on FacebookShare on Twitter

Ujian tanda aras sering menjadi isi utama dalam memperkenalkan produk baru di pasaran. Jika DxOMark sering menjadi rujukan untuk kehebatan kamera, perisian seperti Antutu dan Geekbench pula digunakan untuk mengetahui prestasi keseluruhan telefon pintar.

Kerana itu, ada kalanya pengeluar peranti didapati cuba menipu untuk memastikan peranti mereka mendapat markah tertinggi di dalam ujian tanda aras sebegini. Samsung dahulu pernah berbuat demikian di dalam Galaxy S4 dan telah disaman kerana melakukannya.



Kini, Mediatek pula dituduh membuatnya di dalam pemproses keluaran mereka. Perkara ini dilaporkan oleh laman Anandtech yang menemuinya semasa menguji dua telefon Oppo Reno3 yang baru dilancarkan.

Oppo Reno3 Pro yang dilancarkan di Eropah dikuasakan oleh cip Mediatek Helio P95 (teras Cortex-A75) manakala Reno3 yang dilancarkan di China, menggunakan cip Mediatek Dimensity 1000L (teras Cortex-A77) yang lebih berkuasa. Ia menjadi pelik apabila ujian tanda aras untuk Helio P95 menghasilkan markah lebih tinggi berbanding Dimensity 1000L.



  • PCMark Anonymous
  • PCMark Biasa

Dari situ, Anandtech menguji Reno3 Pro menggunakan perisian tanda aras PCMark, yang mempunyai fungsi menguji peranti tanpa dikenali modelnya (anonymous). Ternyata, ia memberi hasil yang sangat jauh berbeza. Ujian PCMark biasa di Reno3 Pro memberi markah 30% lebih tinggi berbanding ujian anonymous.

Rahsianya: Sports Mode

Kajian lebih mendalam tentang perkara ini membawa Anandtech ke satu penemuan. Di dalam fail firmware peranti, terdapat satu fail dengan nama power_whitelist_cfg.xml di bawah folder /vendor/etc. Di dalam fail tersebut, ditemui banyak nama aplikasi popular dengan pelbagai tetapan khas untuk pengurusan tenaga. Terdapat jua aplikasi tanda aras di dalamnya. Untuk PCMark, terdapat satu tetapan “Sports Mode“.

Sports Mode ini didapati mengubah beberapa tetapan seperti menetapkan karakter DVFS pada pemproses, agar menjalankan “memory controller” pada frekuensi tertinggi sepanjang masa. Ini memastikan teras pemproses berjalan pada kelajuan tertinggi pada masa lebih lama dengan beberapa mekanisma anjakan.

Pendek kata, ia bukan satu cara yang sihat untuk pemproses dan ia tidak digunakan di dalam aplikasi biasa, terutama permainan video. Ini digunakan khas di aplikasi tanda aras bagi memastikan markah lebih tinggi dapat dicapai. Jika ia tidak digunakan di aplikasi biasa, jadi markah di aplikasi tanda aras tidak menunjukkan pengalaman dunia sebenar.

Sports Mode terdapat di banyak model lain

Apa yang lebih memeranjatkan Anandtech adalah, fail ini tidak hanya ada di telefon pintar Oppo sahaja, sebaliknya di pelbagai peranti pengeluar lain. Ia ditemui di dalam peranti seawal Sony Xperia XA1, yang dilancarkan pada tahun 2017.

Pendek kata, perkara ini bukan dilakukan oleh pengeluar sebaliknya dari peringkat pemproses. Tambah pelik lagi apabila, fail ini tidak lagi ditemui dalam firmware terbaru Oppo Reno3 Pro. Adakah ia telah dibuang, atau cubaan menipu terkantoi? Tetapi Sports Mode ini masih berfungsi di ujian tanda aras. Bermakna ia telah disorokkan dan sukar ditemui.

Apa kata Mediatek?

Anandtech telah bertanyakan Mediatek tentang perkara ini dan menerima jawapan sebegini:

MediaTek Statement for AnandTech

MediaTek follows accepted industry standards and is confident that benchmarking tests accurately represent the capabilities of our chipsets. We work closely with global device makers when it comes to testing and benchmarking devices powered by our chipsets, but ultimately brands have the flexibility to configure their own devices as they see fit. Many companies design devices to run on the highest possible performance levels when benchmarking tests are running in order to show the full capabilities of the chipset. This reveals what the upper end of performance capabilities are on any given chipset.

Of course, in real world scenarios there are a multitude of factors that will determine how chipsets perform. MediaTek’s chipsets are designed to optimize power and performance to provide the best user experience possible while maximizing battery life. If someone is running a compute-intensive program like a demanding game, the chipset will intelligently adapt to computing patterns to deliver sustained performance. This means that a user will see different levels of performance from different apps as the chipset dynamically manages the CPU, GPU and memory resources according to the power and performance that is required for a great user experience. Additionally, some brands have different types of modes turned on in different regions so device performance can vary based on regional market requirements.

We believe that showcasing the full capabilities of a chipset in benchmarking tests is in line with the practices of other companies and gives consumers an accurate picture of device performance.

Rumusannya, Mediatek mengatakan pemproses mereka secara pintar berubah mengikut keperluan. Jika menggunakan aplikasi intensif, ia akan bertindak memberi prestasi secukupnya. Ia ditambah lagi dengan pengeluar peranti yang menggunakan pelbagai tetapan mereka sendiri, di mana ia adalah kebebasan buat pengeluar peranti. Mediatek percaya, menunjukkan prestasi tertinggi di dalam ujian tanda aras adalah selaras dengan praktis syarikat lain, bagi memberikan pengguna gambaran sebenar prestasi peranti tersebut.

Secara kasar, apa yang dinyatakan oleh Mediatek adalah benar. Tetapi jika ia menjalankan prestasi di luar standard hanya untuk perisian tanda aras yang bukan digunakan di dunia sebenar, maka ia bukanlah pengalaman yang dinikmati pengguna.

Jika anda mahu membaca kajian penuh tentang laporan Anandtech ini, boleh layarinya di sini.

Sumber: Anandtech

Tags: AntutumediatekPCMark
Najib

Najib

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Mediatek dikatakan menipu untuk cemerlang dalan ujian tanda aras

Mediatek dikatakan menipu untuk cemerlang dalan ujian tanda aras

9 April 2020
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER