• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sembunyi sejarah perjalanan, seorang lelaki dihukum jalani khidmat masyarakat

  • OLEH Ghazali Alias
  • 2:31 pm
  • 14/04/2020
  • Komen
Sembunyi sejarah perjalanan, seorang lelaki dihukum jalani khidmat masyarakat
Share on FacebookShare on Twitter

Tindakan menyembunyikan maklumat sejarah perjalanan ke luar negara mengundang padah, apabila seorang penghantar surat dijatuhkan hukuman menjalani khidmat masyarakat selama tiga bulan berkuatkuasa 12 April 2020.

Tertuduh, Omar Mat Khatib, 31, yang bekerja di Singapura didapati menyembunyikan sejarah perjalanan pulang ke tanah air ketika saringan COVID-19 dijalankan ke atasnya, di Klinik Kesihatan Pendang, Kedah pada 26 Mac 2020.



Hukuman dijatuhkan oleh Majistret Siti Norhidayah Mohd Noor, selepas Omar mengaku bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan ke atasnya di Mahkamah Majistret Alor Setar.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh, melakukan khidmat masyarakat selama tiga jam sehari dan melapor diri kepada pejabat Parol Pendang.



Berdasarkan fakta kes, Omar dari Kampung Bukit Mak Inson, Pendang, telah pulang ke tanah air pada 18 Mac 2020. Dia yang mengalami demam dan selsema tidak lama kemudian, telah mendapatkan rawatan di klinik kesihatan namun, tidak memaklumkan sejarah perjalanannya pulang dari Singapura kepada pegawai kesihatan, Mohamad Syazwan Mohd Esa.

Dia dituduh melakukan kesalahan di bawah Peraturan 6, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020. Jika sabit kesalahan, boleh dihukum mengikut Peraturan 7(1) peraturan sama, iaitu denda maksimum RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fatin Dalilah Khalid, manakala Omar diwakili peguam Zuriyah Mhd Nordin.

Tindakan menyembunyikan sejarah perjalanan merupakan satu kesalahan, lebih-lebih lagi jika kita mempunyai simptom COVID-19. Pastikan kita jujur ketika mendapatkan rawatan kerana maklumat itu dapat membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengekang penularan wabak ini.

Sumber: The Star

Tags: COVID-19
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Sembunyi sejarah perjalanan, seorang lelaki dihukum jalani khidmat masyarakat

Sembunyi sejarah perjalanan, seorang lelaki dihukum jalani khidmat masyarakat

14 April 2020
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

6 January 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER