• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mahir Digital Bersama Google, bengkel maya percuma untuk membantu PKS Malaysia

  • OLEH Najib
  • 12:36 pm
  • 15/04/2020
  • Komen
Mahir Digital Bersama Google, bengkel maya percuma untuk membantu PKS Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Buat pemilik perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang tidak lagi dapat berniaga akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pasti ada yang buntu dengan cabaran yang belum pernah dialami sebelum ini. Untuk membantu anda meneroka peluang perniagaan alaf baru, Google Malaysia dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), bekerjasama menganjurkan kursus Mahir Digital Bersama Google.

Kursus ini diadakan secara bengkel maya, di mana orang ramai boleh menyertainya dari rumah. Bengkel ini diadakan sebagai sebahagian daripada komitmen Google, untuk membantu PKS Malaysia mengatasi cabaran pekerjaan jarak jauh dan peralihan ke digital.



Bengkel maya bertajuk “Kekal terhubung bersama pelanggan dan kakitangan anda” akan diadakan selama sejam. Terdapat beberapa tarikh dan masa kelas, jadi anda boleh memilih waktu yang bersesuaian dengan jadual anda.

  • 16 April (Khamis) – 10.00 pagi hingga 11.00 tengah hari
  • 22 April (Rabu) – 10.00 pagi hingga 11.00 tengah hari
  • 22 April (Rabu) – 12.00 tengah hari hingga 1.00 petang
  • 27 April (Isnin) – 10.00 pagi hingga 11.00 tengah hari
  • 27 April (Isnin) – 12.00 tengah hari hingga 1.00 petang
  • 30 April (Khamis) – 10.00 pagi hingga 11.00 tengah hari
  • 27 April (Isnin) – 12.00 tengah hari hingga 1.00 petang

Kepada yang berminat untuk menyertai bengkel maya ini, anda harus mendaftar secara atas talian di sini.



Jika anda tidak dapat menyertai bengkel maya ini, anda masih berpeluang untuk mempelajarinya sendiri. Anda boleh menggunakan aplikasi Google Primer bagi pelajaran pantas dan ringkas yang dapat dilakukan dalam hanya 5 minit. Primer menawarkan ratusan pelajaran berkenaan perniagaan, pemasaran, pengurusan dan banyak lagi, bersertakan langkah-langkah tersuai untuk menggunakan kemahiran baru anda dengan segera.

https://youtu.be/h263F6XRglo

Selain itu, anda boleh juga mendapatkan tip dan cadangan lain di laman Grow with Google bagi membantu mengembangkan perniagaan anda. Tidak kira apa jenis perniagaan, pelajari kemahiran dan pengetahuan baru seperti cadangan tersuai untuk menaiktaraf laman web atau cara memahami pelanggan dengan lebih baik, agar perniagaan anda dapat berjaya di atas talian.

Tags: GoogleMDECPerintah Kawalan Pergerakan
Najib

Najib

POPULAR

Mahir Digital Bersama Google, bengkel maya percuma untuk membantu PKS Malaysia

Mahir Digital Bersama Google, bengkel maya percuma untuk membantu PKS Malaysia

15 April 2020
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN