• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PKP: Lima lagi sektor dibenarkan beroperasi sepanjang PKP 3

  • OLEH Ghazali Alias
  • 11:14 am
  • 17/04/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan telah menyenaraikan lima lagi sektor yang dibenarkan beroperasi, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga berkuatkuasa sehingga 28 April 2020.

Perkara berkenaan dimaklumkan dalam warta kerajaan persekutuan, yang ditandatangani Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dan turut disiarkan di laman web Jabatan Peguam Negara. Kebenaran ini tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 3) 2020.



Lima senarai perkhidmatan yang terlibat adalah:

  1. Pengangkutan melalui darat, air dan udara 
  2. Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang, termasuk pemunggahan, pengangkutan laiter, pengendalian kargo, dan pemaliman dan penyimpanan dan pemukalan komoditi
  3. Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan dan pengagihan bahan api dan pelincir
  4. Hotel dan penginapan  
  5. Mana-mana perkhidmatan, kerja atau industri yang ditentukan oleh Menteri selepas rundingan dengan pihak berkuasa yang mengawal selia perkhidmatan, kerja atau industri adalah dibenarkan untuk beroperasi di bawah perkhidmatan-perkhidmatan penting

Terdahulu, pada pelaksanaan PKP fasa pertama, kerajaan telah menyenaraikan 21 perkhidmatan penting tetapi telah mengurangkannya kepada 10 sektor semasa fasa kedua.



10 sektor berkenaan adalah,

  1. Makanan
  2. Penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk suplemen diet
  3. Air
  4. Tenaga
  5. Keselamatan dan pertahanan
  6. Sisa pepejal dan pengurusan pembersihan awam dan pembetungan
  7. Komunikasi dan internet
  8. Perbankan dan kewangan
  9. E-dagang
  10. Logistik yang terhad kepada ketetapan perkhidmatan-perkhidmatan penting

Sementara itu, sepanjang pelaksanaan PKP fasa ketiga, sekatan pergerakan dalam radius 10km masih dikekalkan. Kebenaran pergerakan hanya dibenarkan untuk mendapatkan keperluan harian seperti membeli makanan, perubatan dan suplemen diet.

Individu yang melanggar arahan ini, boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.

Sumber: Malay Mail

Tags: Perintah Kawalan Pergerakan
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025

PKP: Lima lagi sektor dibenarkan beroperasi sepanjang PKP 3

17 April 2020
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER