• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Diskaun 70% untuk sewa kereta Socar buat petugas kesihatan barisan hadapan

  • OLEH Najib
  • 12:13 pm
  • 20/04/2020
  • Komen
TM pasang WiFi percuma dikuasakan 5G di pusat kuarantin COVID-19
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Socar telah memperkenalkan program Socar Business Mobility untuk menawarkan penyelesaian pengangkutan yang lebih mampu dimiliki untuk urusan perniagaan. Kini mereka menambah satu lagi program khas, kali ini untuk menghargai petugas kesihatan barisan hadapan menentang wabak COVID-19.

Socar kini memberikan diskaun sebanyak 70% kepada petugas kesihatan di Malaysia. Ia diberikan sebagai sokongan kepada semua doktor, jururawat dan kakitangan kesihatan yang bertugas sebagai barisan hadapan menentang wabak COVID-19.



Diskaun ini boleh digunakan di semua kereta Socar sebanyak lebih dari 2,000 unit yang tersedia di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang dan Ipoh. Selain itu, Socar juga menyediakan penghantaran terus ke pintu rumah menerusi Socar-2-You jika berada di dalam zon berkenaan.

Untuk mendapatkan kod promosi diskaun 70% ini, anda hanya perlu mengisi borang dan memberikan maklumat peribadi sebagai bukti. Borang permohonan tersebut boleh diisi di sini.



Langkah seterusnya ialah menggunakan kod promosi tersebut. Pengguna biasa Socar pasti sudah tahu caranya. Tetapi jika anda belum pernah menggunakannya, ikut langkah di bawah ini.

  1. Muat turun aplikasi Socar di Apple Appstore atau Google Playstore.
  2. Daftar sebagai ahli dengan menyediakan kad pengenalan dan lesen memandu.
  3. Lihat peta dan pilih kereta Socar yang ingin ditempah, pilih Socar-2-You jika mahu dihantar ke rumah
  4. Masukkan kod promosi di ruangan Promotion semasa Checkout.
  5. Buat bayaran.

Jika ada sebarang pertanyaan untuk tempahan ini, boleh merujuk kepada petugas sokongan pelanggan menerusi Live Chat di dalam aplikasi.

Buat anda petugas kesihatan, boleh manfaatkan tawaran Socar ini kerana mereka turut memberikan petrol percuma sejauh 20km untuk setiap jam yang ditempah, atau maksima 240km sehari. Sebarkan kepada rakan anda jika mereka adalah petugas kesihatan yang turut sama berjuang di barisan hadapan.

Socar ialah aplikasi sewa kereta digital, di mana semua tempahan dibuat di dalam aplikasi. Lebih menarik lagi, semua kereta Socar menggunakan kunci digital yang turut berada di dalam aplikasi. Socar menyediakan banyak jenis kenderaan seperti Perodua Myvi, Bezza dan Alza, sehinggalah Mini Cooper dan BMW 3 series.

Tags: Perintah Kawalan PergerakanSOCAR
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
TM pasang WiFi percuma dikuasakan 5G di pusat kuarantin COVID-19

Diskaun 70% untuk sewa kereta Socar buat petugas kesihatan barisan hadapan

20 April 2020
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

30 January 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER