• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Black Shark 3 umum masuk pasaran Malaysia pada 30 April

  • OLEH Ghazali Alias
  • 12:48 pm
  • 21/04/2020
  • Komen
Black Shark 3: Telefon Gaming Terbesar Dengan Sokongan 5G
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi yang menantikan kehadiran Black Shark 3 di Malaysia, jenama telefon khusus untuk gaming  itu mengumumkan akan menjengah pasaran tempatan pada 30 April 2020.

Perkara itu dimaklumkan di laman Facebook rasminya . Dijangkakan Black Shark mungkin membuat majlis pelancaran secara dalam talian. Walau bagaimanapun, belum ada sebarang makluman berhubung jenis model yang akan dibawa masuk oleh Black Shark, sama ada versi standard, pro atau kedua-duanya sekali.



Serba sedikit tentang model Black Shark 3, kedua-dua model dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 865 5G. Ia dilengkapi RAM sehingga 12GB LPDDR5 (LPDDR4x untuk versi standard dari varian RAM 8GB). Bagi storan pula, versi pro boleh pergi sehingga 512GB UFS 3.0 manakala standard sehingga 256GB.

Kedua-duanya juga mempunyai skrin Amoled dengan refresh rate setinggi 90Hz. Black Shark Pro mempunyai paparan lebih luas iaitu, 7.1” Quad HD+, dengan resolusi 3120×1440 piksel manakala, versi standard pula, 6.67″ Full HD+ beresolusi 2400×1080 piksel.



Di bahagian pengimejan kedua-dua model dilengkapi dengan trikamera belakang. Kamera utamanya mempunyai sensor 64MP manakala selebihnya, 13MP (ultralebar), dan 5MP (bokeh). Di bahagian depan pula, kamera dengan sensor 20MP.

Sebagai telefon gaming, kedua-dua model juga dilengkapi speaker stereo dan jek audio 3.5mm. Merupakan flagship untuk tahun 2020, telefon ini turut menyokong rangkaian 5G dan WiFi 6.

Keupayaan spesifikasi ini tidak lengkap tanpa tenaga elektrik yang dikuasakan oleh bateri berkapasiti 5,000mAh (Pro) dan 4,720mAh (standard). Versi Pro menyokong pengecasan pantas sehingga 65W menerusi port USB-C. Versi standard juga menyokong  pengecasan pantas. Namun, varian yang lebih murah hanya menyokong pengecasan sehingga 30W.

Belum ada tanda harga yang dimaklumkan oleh pihak Black Shark untuk pasaran tempatan. Setakat ini, di China, Black Shark 3 dijual pada harga dari CNY 3,499 (RM2,161) untuk model  8GB RAM + 128GB storan, manakala Black Shark 3 Pro bermula dari CNY 4,699 (RM2,903) untuk varian 8GB RAM + 256GB storan. Sama ada harga di Malaysia berkisar setakat itu atau lebih mahal, itu kita nantikan pada hari pelancaran nanti.

Sumber: Black Shark

Tags: black sharkblack shark 3black shark 3 pro
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
Black Shark 3: Telefon Gaming Terbesar Dengan Sokongan 5G

Black Shark 3 umum masuk pasaran Malaysia pada 30 April

21 April 2020
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

21 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER