• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jualan baju dalam wanita meningkat 909% di pasaran e-dagang

  • OLEH Ghazali Alias
  • 1:13 pm
  • 21/04/2020
  • Komen
LIVE BLOG: Dapatkan tawaran terbaik 11.11 di sini
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sektor perniagaan e-dagang di Malaysia telah mencatatkan lonjakan Nilai Dagangan Kasar (GMV) sebanyak 149% pada suku pertama tahun 2020.

Perkara ini didedahkan menerusi satu kaji selidik oleh Commerce.Asia Group of Companies (Commerce.Asia), yang menganalisis trend jualan beberapa produk di platform e-dagang dalam tempoh 30 hari semasa PKP dan 30 hari sebelum PKP. Rata-ratanya setiap produk menunjukkan peningkatan dalam jualan.



Antara barang yang disenaraikan adalah:

Berdasarkan senarai berkenaan, pakaian dalam wanita mencatatkan peningkatan ketara kepada 909 peratus berbanding makanan, peralatan mandian dan produk bayi. Sarung tangan getah juga mencatatkan pertumbuhan jualan 888 peratus, berada di tangga kedua.



Menurut Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Commerce.Asia, Ganesh Kumar Bangah, peningkatan ini merupakan impak daripada kebiasaan baharu masyarakat yang mula memanfaatkan platform e-dagang berikutan pelaksanaan PKP.

Pihaknya juga menjangkakan perubahan tingkah laku pengguna ini akan kekal, dengan pengguna terus melakukan pembelian mereka di pasaran digital walaupun selepas PKP berakhir.

Dengan permintaan pengguna yang meningkat di platform dalam talian, peniaga juga perlu memenuhi pesanan dan memastikan pengaturan logistik dilaksanakan secara efisein agar serahan tepat pada masa.

Peniaga e-dagang juga perlu melengkapkan diri mereka dengan kakitangan dan sumber yang sesuai bagi menguruskan operasi dari jarak jauh, bagi memastikan ia kurang atau tanpa sebarang gangguan.

PKP mengubah gaya hidup masyarakat, bukan sahaja tabiat membeli belah tetapi secara keseluruhan. Sehingga virus COVID-19 betul-betul dapat dibendung, pembelian dalam talian adalah cara yang selamat untuk mendapatkan barang keperluan pengguna.

Tags: commerce.asiae-dagang
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
LIVE BLOG: Dapatkan tawaran terbaik 11.11 di sini

Jualan baju dalam wanita meningkat 909% di pasaran e-dagang

21 April 2020
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN