• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Fortnite kini boleh dimuat turun di Play Store

  • OLEH Ghazali Alias
  • 1:10 pm
  • 22/04/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas lebih setahun Epic Games memboikot Google Play Store, pembangun permainan video itu buat pertama kali menggunakan platform itu. Pengguna Android kini boleh memuat turun aplikasi permainan tempur, Fortnite di gedung aplikasi berkenaan.

Setelah 18 bulan muat turun permainan Epic Games untuk peranti Android hanya boleh dibuat menerusi platform pihak ketiga, syarikat itu terpaksa akur dengan komisen 30 peratus yang diambil oleh pihak Google dari transaksi pembayaran dalam talian, untuk meletakkan aplikasi mereka di platform itu.



Fortnite is now available on the Google Play Store.

Check it out now! pic.twitter.com/EOA3jpMIu8

— Fortnite (@FortniteGame) April 21, 2020

Berdasarkan kenyataan dari Epic Games, meskipun Google membenarkan muat turun perisian dari pihak luar, ia tidak memberi akses yang mudah. Google menganggap aplikasi luar sebagai perisian hasad. Pengguna juga akan mendapat pop-up keselamatan untuk perisian yang dimuat turun.

Selain itu, pihak Epic Games juga perlu melakukan rundingan dan perjanjian yang ketat dengan pihak pengeluar dan syarikat telco. Hal menjadi lebih rumit, selepas Google menerusi Play Protect, menyekat perisian yang dimuat turun dari luar Play Store.



Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Epic Games, Tim Sweeney, tidak bersetuju dengan komisyen 30 peratus yang diambil Google dari pembangun aplikasi. Dia menyatakan bahawa kadar komisyen berkenaan tidak munasabah dan tinggi untuk penggiat permainan video.

Fortnite yang dilancarkan pada Ogos 2018, kini boleh dimuat turun dan dimainkan secara percuma di Play Store. Epic Games memperoleh pendapatannya menerusi pembelian dalam aplikasi untuk pemain membeli kostum, senjata, reaksi, pergerakan tarian dan Battle Pass.

Selain di Android, permainan video ini boleh dimainkan di platform, seperti PlayStation 4, Nintendo Switch, Xbox One, Microsoft Windows dan IOS.

Kalau sebelum ini ada masalah dengan permainan video Fortnite di Android, bolehlah muat turun game ini di Play Store, lebih selamat dari muat turun di platform pihak ketiga.

Sumber: The Verge

Tags: epic gamesfortniteGoogle Playstore
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026

Fortnite kini boleh dimuat turun di Play Store

22 April 2020
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN