• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

E-Bazaar Ramadan Carousell #TetapBuka, platform peniaga jual makanan dan minuman di bulan puasa

  • OLEH Ghazali Alias
  • 1:00 pm
  • 24/04/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Carousell melancarkan Kempen Ramadan #TetapBuka, platform untuk peniaga makanan dan minuman (F&B) tempatan mempromosi produk mereka secara dalam talian sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Kempen ini merupakan inisiatif berterusan antara Carousell dan Unilever untuk membantu peniaga kecil F&B yang rata-ratanya tidak dapat membuka kedai di bazar Ramadan tahun ini.



Pengurus Negara (Malaysia) Carousell, Tang Siew Wai, menerusi kerjasama dengan Unilever Food Solutions, pihaknya telah dihubungkan dengan peniaga F&B oleh rakan pembekal seperti Knorr, Best Foods dan Lipton. Menerusi kempen ini, peniaga berpeluang untuk mengiklankan produk mereka di platform Carousell.

Dengan platform ini, peniaga F&B akan dapat menyediakan perkhidmatan bungkus ‘take-away’ atas permintaan tanpa perlu membayar premium atau caj komisen yang dikenakan oleh vendor luar. Carousell juga akan menetapkan carian untuk pembeli berdasarkan lokasi peniaga yang terdekat (dalam jarak 10km).



Peniaga yang ingin meletakkan iklan produk mereka di Carousell perlu membuka akaun di aplikasi berkenaan. Kemudian menyenaraikan produk mereka dengan merujuk di sini.

Peniaga dan pembeli juga digalakkan supaya mengamalkan jarak sosial serta langkah-langkah keselamatan dan kesihatan semasa menjalankan urusan serahan serta terima barang.

Bulan Ramadan ini banyak platform dalam talian yang menawarkan khidmat untuk mendapatkan juadah berbuka. Meskipun tiada bazar Ramadan, suasana beli belah tetap meriah di dalam talian. Jangan lupa tempah lebih awal supaya juadah tidak sampai selepas waktu berbuka.

Tags: CarousellKempen Ramadan #TetapBuka
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

E-Bazaar Ramadan Carousell #TetapBuka, platform peniaga jual makanan dan minuman di bulan puasa

24 April 2020
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN