• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Facebook perkenal Messenger Room, boleh anjur sidang video dengan 50 ahli pada satu masa

  • OLEH Ghazali Alias
  • 1:02 pm
  • 27/04/2020
  • Komen
Facebook perkenal Messenger Room, boleh anjur sidang video dengan 50 ahli pada satu masa
Share on FacebookShare on Twitter

Susulan perubahan komunikasi yang meningkat secara dalam talian berikutan pandemik COVID-19, Facebook memperkenalkan fungsi baharu, Messenger Room yang membolehkan sidang video dilakukan bersama 50 ahli pada satu masa.

Pengguna Facebook tidak lama lagi boleh membuat sidang video Messenger Room menerusi akaun mereka atau aplikasi Messenger di telefon atau komputer. Menerusi sidang video ini, hos (yang memulakan sidang video) boleh menjemput ahli yang tidak mempunyai akaun Facebook malah, panggilan juga tiada had masa.



Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg, selain berhubung dengan lebih ramai ahli, di Messenger Room, pengguna boleh menggunakan pebagai efek AR yang interaktif dan fungsi AI seperti 360 pilihan latar belakang dan suasana pencahayaan.

Messenger Room akan mula dilancarkan di beberapa negara terlebih dahulu sebelum ia boleh digunakan oleh pengguna Facebook di seluruh dunia. Berdasarkan percubaan sendiri, Messenger Room sudah boleh digunakan di Malaysia.



Cara melakukan sidang video

Ini merupakan cara untuk anda melakukan sidang video di Messenger Room:

  1. Buka aplikasi Messenger
  2. Klik tab People di kanan bawah
  3. Klik Create Room, dan pilih ahli yang ingin anda sertai
  4. Untuk berkongsi Room dengan orang yang tidak mempunyai akaun Facebook, anda boleh kongsi pautan sidang video berkenaan dengan mereka. Anda juga boleh berkongsi ruangan di News Feed, Groups dan Events di akaun Facebook

Perlindungan Privasi

Dengan perlindungan privasi Messenger Room, pengguna mempunyai keupayaan untuk:

  • Privasi: Room boleh diprivasi atau dibuka setelah panggilan bermula. Sekiranya ia privasi, orang luar tidak boleh menyertainya (kecuali admin untuk sidang video yang dibuat melalui Group Facebook)
  • Mengeluarkan peserta atau meniggalkan sidang video: Hos boleh membuang peserta yang tidak diingini. Sidang video akan menjadi privasi selepas ahli dikeluarkan atau keluar dari sidang video membenarkan mereka menyertai semula. Ahli juga boleh keluar dari sidang video, jika merasakan ia tidak selamat
  • Laporan: Pengguna boleh membuat laporan terhadap Room atau memberi maklum balas sekiranya mendapati sidang video melanggar peraturan Facebook
  • Menyekat: Pengguna boleh menyekat seseorang di Facebook atau Messenger. Ahli yang disekat tidak boleh menyertai sidang video di Room

Facebook merancang untuk menambah ciri Room ini di Instagram Direct dan WhatsApp pada masa akan datang.

Messenger Room boleh menjadi alternatif untuk membuat sidang video dengan ahli ramai. Harapannya fungsi baharu Facebook ini tidak ada masalah kebocoran maklumat ke pihak ketiga seperti Zoom.

Sumber: Facebook

Tags: FacebookMessenger Room
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Facebook perkenal Messenger Room, boleh anjur sidang video dengan 50 ahli pada satu masa

Facebook perkenal Messenger Room, boleh anjur sidang video dengan 50 ahli pada satu masa

27 April 2020
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN