• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

100 ribu telefon percuma menanti pelanggan Celcom Mega sempena Ramadan

  • OLEH Najib
  • 6:40 pm
  • 04/05/2020
  • Komen
100 ribu telefon percuma menanti pelanggan Celcom Mega sempena Ramadan
Share on FacebookShare on Twitter

Celcom kini memulakan kempen Hari Raya mereka dengan menyediakan 100,000 telefon pintar percuma untuk pelanggan mereka. Terdapat banyak pilihan peranti menanti pelanggan pascabayar Celcom Mega.

Antara model yang disenaraikan ialah seperti Oppo A12, Samsung Galaxy A51, iPhone 7 Plus, Huawei Nova 5T dan banyak lagi. Telefon pintar ini boleh dimiliki dengan RM0 bayaran pendahuluan, apabila pelanggan mendaftar mana-mana pelan pascabayar Celcom Mega dengan tambahan pek Lightning. Sudah pasti, pelanggan perlu mengikat kontrak bersamanya.



Celcom juga akan mengadakan acara jualan atas talian #CelcomSale melalui Facebook Live. Ia akan bersiaran di Facebook Page Celcom, dengan tawaran seperti hadiah dan ganjaran istimewa untuk pembelian di Celcom Online Shop atau ejen media sosial Celcom.

#CelcomSale akan dihoskan oleh selebriti tempatan, menampilkan tawaran terhad seperti pakej telefon dengan diskaun sehingga 60%, baucer RM50, dan banyak lagi! #CelcomSale yang pertama telah dihoskan oleh selebriti Saharul Ridzwan pada 1 Mei 2020, pada jam 5 petang. Ikuti Facebook Page Celcom untuk mengetahui hos selebriti yang seterusnya dan pelbagai tawaran akan datang.



Sebagai tambahan, Celcom turut menyediakan pelbagai tawaran untuk pelanggan pascabayar dan prabayar dalam tempoh ini:

  • 1 Mei 2020 hingga 24 Jun 2020 – Sentiasa ikuti perkembangan terkini dengan kandungan Nak Hadiah Raya melalui kod USSD *118*9# yang meliputi akses percubaan PERCUMA 1 minggu bagi Muslim Kids TV, 3 buah lagu Ramadan atau Raya dan banyak lagi kandungan digital Raya.
  • Potongan 50% bil pascabayar Celcom MEGA™ dan talian keluarga selama tiga bulan – rebat ditawarkan kepada pendaftaran baru Celcom MEGA™ dengan mana- mana pas; Unlimited M, Unlimited L, atau Lightning M, L, atau XL melalui Celcom Online Shop. Tawaran sah sehingga 31 Mei 2020.
  • Nikmati pulangan tunai 10% bagi semua pas Internet sehingga 31 Disember 2020.

Layari laman web www.celcom.com.my untuk sentiasa mendapatkan maklumat terkini dan tawaran yang akan diumumkan mereka dalam masa terdekat.

Tags: celcomHari Raya
Najib

Najib

POPULAR

100 ribu telefon percuma menanti pelanggan Celcom Mega sempena Ramadan

100 ribu telefon percuma menanti pelanggan Celcom Mega sempena Ramadan

4 May 2020
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN