• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Adakah Perisian Sidang Video Anda Penuhi 5 Piawaian Keselamatan Minimum Ini?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:17 pm
  • 04/05/2020
  • Komen
Adakah Perisian Sidang Video Anda Penuhi 5 Piawaian Keselamatan Minimum Ini?
Share on FacebookShare on Twitter

Disebabkan ramai yang terpaksa bekerja dari rumah, sudah tentu penggunaan perisian ini meletup dan menarik perhatian pihak tak bertanggung-jawab terutamanya hacker untuk mencedok data. Mozilla telah menerbitkan analisis untuk 15 perisian sidang video terkenal masa ini.

Perisian yang mereka telah teliti ialah:



  1. BlueJeans
  2. Cisco Webex
  3. Discord
  4. Doxy.me
  5. Facebook Messenger/Messenger Kids
  6. FaceTime
  7. Google Hangout/Duo/Meet
  8. GoToMeeting
  9. Housparty
  10. Jitsi Meet
  11. Microsoft Teams
  12. Signal
  13. Skype
  14. WhatsApp
  15. Zoom

Dalam analisis tesebut, mereka telah menggariskan 5 standard keselamatan minimum untuk perisian penuhi sekiranya boleh diklasifikasikan sebagai selamat digunakan. 5 standard itu ialah:

  1. Penyulitan
  2. Kemas kini keselamatan
  3. Kata laluan kukuh
  4. Cara pengurusan kerentanan
  5. Ada Polisi Kerahsiaan untuk dirujuk.

Penyulitan

Penyulitan adalah ciri yang menghalang pihak ketiga mengetahui apakah isi kandungan mesej anda. Sekiranya perisian tersebut miliki penyulitan hujung-ke-hujung (end-to-end), mesej anda hanya boleh dibaca oleh penerima, penyedia perkhidmatan pun tak mampu mengetahuinya.



Kalau penyulitan bukan hujung-ke-hujung, sesiapa saja yang ada kunci kepada algoritma penyulitan boleh membacanya.

Perisian yang ada penyulitan hujung-ke-hujung ialah:

  • Doxy.me
  • Facebook Messenger
  • FaceTime
  • Google Duo
  • GoToMeeting
  • Signal
  • Skype
  • Webex Meetings
  • WhatsApp

Perisian yang tidak menggunakan penyulitan hujung-ke-hujung ialah:

  • BlueJeans
  • Discord
  • Google Hanghout
  • Google Meet
  • Houseparty
  • Jitsi
  • Microsoft Teams
  • Zoom

Kemas kini keselamatan

Lebih kerap kemas kini keselamatan disalurkan pada pengguna, lebih selamat servis itu akan jadi kerana hacker tak sempat mengeksplotasinya untuk mencuri data.

Kesemua platform menerbitkan kemas kini dengan kerap, ada yang sebulan beberapa kali dan ada yang setahun beberapa kali.

Lain pula dengan Doxy.me. Oleh sebab ia hanya boleh diakses menggunakan pelayar web, risiko keselamatan juga ada pada jenis pelayar web yang digunakan.

Keperluan terhadap kata laluan yang kukuh

Kata laluan yang mudah diteka sangat berbahaya. Tapi, yang lebih berbahaya adalah penyedia perkhidmatan benarkan anda gunakan kata laluan yang rapuh.

Misalnya, Doxy.me benarkan anda gunakan kata laluan “123” sahaja dan ini sangatlah berisiko. Untuk penyedia perkhidmatan lain, mereka perlukan kata laluan yang panjang dengan kombinasi abjad, nombor dan simbol.

Cara pengurusan kerentanan

Hampir semua penyedia servis miliki program pemberian hadiah untuk sesiapa yang melaporkan kerentanan terhadap servis mereka.

Yang tiada program seumpamanya ialah Houseparty, Signal, GoToMeeting dan Doxy.me. Tapi mereka menyediakan platform untuk laporkan sebarang kerentanan tanpa sebarang ganjaran dan ada antaranya membayar pihak ketiga untuk mencari kerentanan.

Polisi Kerahsiaan

Semua perisian yang dianalisis miliki polisi kerahsiaan masing-masing. Ia penting kerana sekiranya terdapa konflik undang-undang, ia boleh dijadikan bahan rujukan untuk melindungi sama ada penyedia, ataupun pengguna perkhidmatan.

Baca artikel penuh di sini.

Tags: discordGooglegoogle hangoutsmicrosoft teamsMozillaskypevideo callzoom
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Adakah Perisian Sidang Video Anda Penuhi 5 Piawaian Keselamatan Minimum Ini?

Adakah Perisian Sidang Video Anda Penuhi 5 Piawaian Keselamatan Minimum Ini?

4 May 2020
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN