• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sony Umum WF-SP800N Untuk Pasaran Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:37 pm
  • 08/05/2020
  • Komen
Sony Umum WF-SP800N Untuk Pasaran Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Sony Malaysia telah mengumumkan yang akan ada satu TWS tiba di Malaysia tak lama lagi. Dengan nama model WF-SP800N, TWS ini dikhususkan untuk kegunaan aktif seperti bersukan kerana ia hadir dengan sayap getah yang akan memperkemas kedudukan TWS ini semasa dipakai.

Ia berada sedikit dibawah WF-1000XM3 kerana ketiadaan pemproses QN1e yang nyata menambah baik keupayaan penyaringan hingar. Namun, kekurangan itu di-offset-kan dengan kekalisan debu/air pada tahap IP55.



Daripada segi hayat bateri, menurut Sony, produk ini mampu berkhidmat selama 18 jam tapi boleh dipanjangkan sehingga melebihi shari sekiranya fungsi penyaring hingar dimatikan. Produk ini juga mendukung cap legenda EXTRA BASS. Jadi anda boleh jangkakan penghasilan bass yang padu.

Ciri-ciri pintar yang hadir bersama-sama WF-SP800N adalah seperti menyeru pembantu maya menggunakan arahan suara dan sensor mengesan pemakaian untuk mula atau hentikan muzik secara automatik.



WF-SP800N akan tembusi pasaran Malaysia bermula Julai 2020 pada harga yang masih belum diumumkan. Walau bagaimanapun, untuk perbandingan, WF-1000M3 yang lebih premium dijual pada harga RM949 dan saya jangkakan yang SP800N lebih murah kerana ketiadaan beberapa komponen.

Tags: Sonysony wf-sp800n
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Sony Umum WF-SP800N Untuk Pasaran Malaysia

Sony Umum WF-SP800N Untuk Pasaran Malaysia

8 May 2020
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN