• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Y6p dan Y5p tiba di Malaysia, telefon bawah RM600 dari Huawei tanpa Playstore

  • OLEH Ghazali Alias
  • 6:27 pm
  • 12/05/2020
  • Komen
Huawei Y6p dan Y5p tiba di Malaysia, telefon bawah RM600 dari Huawei tanpa Playstore
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei mengumumkan kemasukan telefon baharu, Huawei Y6p di pasaran Malaysia pada harga RM 599 seunit. Tidak ketinggalan, model Y5p turut diperkenalkan pada tanda harga RM359.

Kedua-dua model ini boleh dibeli bermula 16 Mei 2020 di semua rangkaian Huawei Experience Stores, Huawei official stores, dan juga secara dalam talian di Huawei official online store.



Huawei Y6p

Menampilkan tiga pilihan warna iaitu, Emerald Green, Phantom Purple, dan Midnight Black, model Y6p mengguna pakai cipset MTK 6765. Ia dipadankan dengan  RAM 4GB berserta storan 64GB.

Skrinnya pula seluas 6.3 inci, dengan  resolusi 1600×720 HD. Kuasanya dijana oleh bateri sebesar 5,000mAh.



Di bahagian pengimejan, Huawei Y6p mempunyai trikamera belakang dengan sensor 13MP kamera utama, 5 MP (wide-angle) dan 2 MP bokeh. Kamera hadapannya pula mempunyai sensor 8 MP.

Huawei Y5p

Berdasarkan stor dalam talian Huawei, model Y5p mempunyai skrin lebih kecil, iaitu 5.45 inci, TFT LCD dengan nisbah 18:9.

Operasinya dijana oleh cipset Mediatek MT6762R dan dipadankan dengan RAM 2GB serta storan 32GB yang boleh ditingkatkan kepada 512 GB dengan tambahan kad memori  SD. Baterinya juga lebih kecil iaitu, 3,020mAh.

Y5p hanya mempunyai satu kamera belakang dengan sensor 13 MP dan 5 MP kamera hadapan untuk swafoto. Sama seperti Y6p, model ini boleh didapati dalam warna Phantom Purple dan Midnight Black. Ia juga mempunyai satu lagi pilihan warna iaitu Mint Green.

Rebat 50% di Huawei AppGallery

Kedua-dua model ini tidak disertakan dengan stor aplikasi Google Playstore. Secara langsung ia tidak menyokong Google Mobile Services (GMS). Walau bagaimanapun, pengguna boleh mendapatkan aplikasi di Huawei App Gallery.

Bersempena Hari Raya Aidilfitri, Huawei memberikan pengguna rebat 50 % untuk sebarang pembelian dalam aplikasi yang dilakukan di stor aplikasi berkenaan.

Untuk mereka yang mencari telefon bajet, Huawei Y6p mempunyai beberapa kelebihan seperti bateri yang besar, RAM dan storan yang agak standard pada harga bawah RM600 serta pemproses yang cukup baik untuk mereka yang juga suka bermain permainan video. Bagi yang ingin mencari telefon untuk anak kecil, Y5p mungkin lebih sesuai dan murah.

Untuk maklumat lanjut berkenaan kedua-dua model ini, orang ramai boleh ke pautan ini atau ke laman Facebook Huawei.

Tags: HuaweiHuawei Y5pHuawei Y6p
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Huawei Y6p dan Y5p tiba di Malaysia, telefon bawah RM600 dari Huawei tanpa Playstore

Huawei Y6p dan Y5p tiba di Malaysia, telefon bawah RM600 dari Huawei tanpa Playstore

12 May 2020
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN