• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo Reno 3 Pro & Reno 3: Maklumat Penjualannya Di Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:56 am
  • 13/05/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo Malaysia telah mengumumkan dua penjualan telefon siri Reno terbaharu mereka di Malaysia iaiatu Reno 3 Pro dan Reno 3. Meninggalkan rekaan sirip jerung ikonik mereka, kini Reno tampil dengan paparan berlubang sebagai penyelesaian kepada kamera selfie.

Harga siri Reno 3 di Malaysia adalah seperti berikut:



  • Oppo Reno 3 Pro (8GB + 25GB) – RM2,399
  • Oppo Reno 3 (8GB + 128GB) – RM1,699

Kedua-dua telefon boleh didapati sekarang melalui pengedar-pengedar sah diseluruh negara. Anda juga boleh dapatkan melalui gedung dalam talian Oppo, Lazada, ataupun Shopee.

Oppo Reno 3 Pro

Selain penggunaan paparan berlubang, berbezana ketara siri Reno kali ini berbanding sebelumnya adalah mereka tak lagi gunakan SoC Snapdragon. Reno 3 Pro dikuasakan SoC MediaTek P95 yang bergandingan dengan RAM 8GB serta storan 256GB yang boleh diperluas melalui slot mikro-SD.



Ia sama besar seperti edisi terdahulu dan paparannya daripada jenis AMOLED sebesar 6.4” beresolusi FHD+. Dalam paparan berlubang tersebut tersemat dua kamera selfie yang masing-masing ada sensor 44MP dan 2MP. Menurut Oppo, ini adalah yang pertama di dunia.

Bahagian belakang, id ada kuadkamera belakang dengan kombinasi kamera 64MP, 13MP (telefoto), 8MP (ultralebar), dan 2MP (mono).

Menguasakan telefon ini adalah sekeping bateri sebesar 4,025mAh. Ia menyokong pengecasan pantas VOOC 4.0 sekuasa 30W yang katanya boleh mengisi penuh dalam masa kurang 60 minit.

Oppo Reno 3

Oppo Reno 3 miliki fizikaliti yang serupa dengan versi Pro termasuklah pada dimenasi. Bezanya adalah pada paparan depan yang bertakuk berbanding berlubang pada pro. Ia juga tak hadir dengan dwikamera selfie, sebaliknya ada ekakamera 44MP. Tapi anda tak rugi apa-apa pun sebab kamera sekunder di Reno 3 Pro cumalah kamera monokrom untuk bokeh.

Ia tetap ada panel AMOLED 6.4” beresolusi FHD+. Bahagian belakang telefon ini ada kuadkamera belakang tapi kamera utamanya tidak 64MP, sebaliknya 13MP. Baki tiga kamera lain adalah sama macam versi Pro iaitu 13MP (telefoto), 8MP (ultralebar), dan 2MO (mono).

Sungguhpun miliki bateri sama besar dengan versi Pro, tapi pengecasan pantasnya daripad ajenis VOOC 3.0. Satu isian penuh bateri mengambil masa lebih kurang 73 minit.

Tags: androidoppoOppo Reno 3Oppo Reno 3 Protelefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025

Oppo Reno 3 Pro & Reno 3: Maklumat Penjualannya Di Malaysia

13 May 2020
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN