• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PKPB: 39 kedai Mi Stores seluruh negara kembali beroperasi

  • OLEH Ghazali Alias
  • 12:59 pm
  • 14/05/2020
  • Komen
PKPB: 39 kedai Mi Stores seluruh negara kembali beroperasi
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas operasinya ditutup susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Xiaomi Malaysia mengumumkan bahawa kedai fizikal, Mi Stores kini sudah kembali dibuka seperti biasa di seluruh negara bermula 13 Mei 2020.

Menurut muat naik di laman sosial Facebook dan Twitter Xiaomi, pembukaaan Mi Stores hanya melibatkan 39 kedai terpilih dan akan beroperasi mengikut garis panduan pencegahan dan keselamatan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.



To all Mi Fans,

From today onwards, our selected Mi Stores are reopened!
For the safety of our customers and staff members, Xiaomi had provided face masks and sanitisers to Mi Stores, so that our customers can shop with peace of mind!

Full list: https://t.co/AavrX4IKwb pic.twitter.com/AaWjVwJ9HZ

— Xiaomi Malaysia #TheLegendContinues (@XiaomiMalaysia) May 13, 2020

Pihak Xiaomi juga menjamin keselamatan pelanggan dan kakitangan semasa di premis, dengan membekalkan topeng muka dan pensanitasi tangan di semua kedai Mi Stores yang kembali beroperasi.

Semua kedai kini beroperasi setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 10 malam. Untuk senarai penuh premis orang ramai boleh merujuk di pautan ini.



Terdahulu, menerusi pelaksanaan PKP Bersyarat bermula  4 Mei 2020, kerajaan telah memberi kelonggaran kepada sektor ekonomi termasuk peruncitan terpilih untuk beroperasi semula.

Walau bagaimanapun, pembukaan premis perniagaan tertakluk kepada peraturan di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), seperti di dalam Arahan Tetap Prosedur Operasi Standard (SOP) Pembukaan Semula Ekonomi.

Pelaksanaan PKPB membuka ruang kepada sektor ekonomi untuk kembali pulih, selepas sebahagiannya terpaksa menutup operasi susulan pandemik COVID-19. Walaupun kebanyakan premis sudah boleh beroperasi, pastikan langkah pencegahan diamalkan sepanjang masa.

Tags: mi storesPKPBxiaomi
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

PKPB: 39 kedai Mi Stores seluruh negara kembali beroperasi

PKPB: 39 kedai Mi Stores seluruh negara kembali beroperasi

14 May 2020
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER