• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei beri rebat kepada pengguna, bantu badan kebajikan terpilih sepanjang Ramadan

  • OLEH Ghazali Alias
  • 5:23 pm
  • 18/05/2020
  • Komen
Huawei beri rebat kepada pengguna, bantu badan kebajikan terpilih sepanjang Ramadan
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena bulan Ramadan, Huawei melaksanakan pelbagai kempen yang bukan sahaja memberi ganjaran kepada pengguna jenamanya, tetapi turut membantu komuniti yang memerlukan bermula 9 hingga 31 Mei 2020.

Berdasarkan kenyataan dari Huawei, kempen ini melibatkan pemberian rebat 50%, sumbangan kepada organisasi kebajikan terpilih dan juga peluang untuk  memenangi Huawei P40.



Rebat 50%

Sepanjang tempoh kempen, pengguna telefon Huawei boleh mendapatkan rebat 50% untuk dua transaksi pembelian dalam aplikasi setiap hari, yang menggunakan perkhidmatan pembayaran dalam talian, Huawei IAP.

Rebat hanya diberikan untuk aplikasi yang dimuat turun daripada stor aplikasi, HUAWEI AppGallery. Antara aplikasi yang menyokong Huawei IAP adalah:



  • Rise of Kingdoms
  • Lords Mobile
  • Perfect World Mobile
  • BIGO LIVE
  • Yome Live
  • Likee

Pembelian rebat turut diberikan untuk pengguna Huawei yang melanggan pelan storan awan dan kandungan video premium serta pembelian tema.

Pengguna juga boleh mengunakan Huawei point  (mata ganjaran) untuk membuat pembelian dalam aplikasi. Satu mata bersamaan RM 1.

Sumbangan 5% untuk setiap pembelian dalam talian

Sebagai salah satu inisiatif untuk menyumbang kepada masyarakat, Huawei akan menyumbangkan 5% daripada jumlan keseluruhan pembelian dalam aplikasi yang dilakukan oleh pelanggannya sepanjang tempoh kempen belangsung. Sumbangan ini akan diserahkan kepada badan kebajikan terpilih yang akan diumumkan menerusi laman Facebook Huawei pada 18 Mei 2020.

Peluang menang Huawei P40

Orang ramai berpeluang memenangi Huawei P40 menerusi program Share & Win Lucky Draw. Untuk menyertai cabutan bertuah ini, anda hanya perlu :

  1. Pergi ke laman Facebook Huawei
  2. Kongsikan mana-mana status berkaitan kempen Huawei di akaun peribadi Facebook atau Instagram anda
  3. Mulakan muat naik status dengan menulis, “I am appreciative of …”
  4. Letakkan hashtag #AppGalleryXWeCare and #kitajagakita
  5. Pastikan akaun anda tidak berada dalam tetapan privasi

Pemenang cabutan bertuah ini akan diumumkan di laman Facebook Huawei.

Tags: HuaweiKempen Ramadan
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Huawei beri rebat kepada pengguna, bantu badan kebajikan terpilih sepanjang Ramadan

Huawei beri rebat kepada pengguna, bantu badan kebajikan terpilih sepanjang Ramadan

18 May 2020
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Tinggal puasa & belum bayar fidyah? Ini cara lunaskannya secara online mengikut negeri

Tinggal puasa & belum bayar fidyah? Ini cara lunaskannya secara online mengikut negeri

15 March 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER